Selangor merakamkan kemenangan 3-2 ke atas JDT dalam aksi Piala Malaysia kumpulan D yang dilangsungkan di Stadium MP Selayang.
Mereka mendahului menerusi Fairuz Abdul Aziz dan Amri Yahyah sebelum Hazwan Bakri dan Darren Lok menjaringkan gol untuk pasukan pelawat.
Namun di minit-minit akhir, Amri muncul wira apabila menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah.