Casemiro: “Apabila Zidane Berlatih Bersama Kami, Beliaulah Pemain Terbaik Antara Semua”

Casemiro merupakan antara pemain yang cukup penting buat skuad Real Madrid ketika ini.

Pada mulanya beliau merupakan antara pemain yang kurang diberi perhatian oleh pengurus pasukan iaitu Zinedine Zidane.

Akan tetapi, kebolehan yang ada pada beliau membuatkan pemain ini merupakan asas penting bagi pasukan ini.

Walaupun kini beliau merupakan antara pemain yang cukup penting bagi Zidane, tetapi pada mulanya Casemiro mendedahkan hubungannya dengan Zidane amat asing.

Ketika ditemubual sebuah stesen televisyen, beliau mendedahkan yang dirinya amat malu untuk bercakap dengan pengurusnya sendiri.

“Sebelum ini, saya berasa amat segan untuk bercakap dengan Zidane.”

“Tetapi kini semuanya sudah mula menjadi normal. Perbualan antara kami berdua tidak lagi kekok seperti dahulu.”

Casemiro juga turut mendedahkan yang Zidane akan turut bermain bersama-sama skuad Real Madrid ketika sesi latihan.

Ia berlaku apabila bilangan tidak mencukupi ketika latihan diadakan.

Apa yang menarik adalah, Zidane akan menjadi pemain terbaik ketika latihan diantara para pemain yang ada!

“Kadang-kadang, kalau tak cukup seorang pemain ketika latihan Zidane akan turun bermain.”

“Beliau akan bermain dan kemudiannya menjadi pemain terbaik ketika latihan diantara kami semua!”

Sumber:

  1. Real Madrid News (2017): Casemiro: I Was Ashamed to Speak with Zidane; http://www.realmadridnews.com/casemiro-ashamed-speak-zidane-22063

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN