Manchester City muncul juara Piala Caarabao buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Aston Villa pada tengah malam tadi – dan masih berada di landasan untuk memenangi tiga kejuaraan pada musim ini.
Gol jaringan jarak dekat daripada Sergio Aguero pada minit ke-20 perlawanan dan gol kemenangan daripada Rodri yang menyempurnakan sepakan sudut Ilkay Gundogan menafikan sebarang kejutan daripada Villa.
Villa jelas sekali didominasi oleh City dalam perlawanan ini, menghidupkan peluang mereka dalam pertandingan ini melalui tandukan Mbwana Samatta uang menyempurnakan hantaran lintang Anwar El Ghazi empat minit sebelu, babak pertama berakhir.
City kemudiannya meneruskan dominasi untuk membiti gol ketiga, namun ianya Villa yang hampir mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila tandukan Bjorn Engels daripada sepakan penjuru ditolak oleh Claudio Bravo sebelum singgah ke palang gol.
Itu adalah peluag terakhir yang dimiliki Villa untuk menghalang City muncul juara.
City hampir pasti akan hilang kejuaraan Liga Perdana Inggeris kepada Liverpool yang mempunyai kelebihan 22 mata di puncak liga, tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka daripada memenangi kejuaraan domestik pertama di England.
Skuad kendalian Pep Guardiola mendominasi keseluruhan perlawanan dan hanya membenarkan percubaan minit akhir Engels untuk mengancam mereka pada minit akhir perlawanan.
Mujurlah penjaga gol berusia 36 tahun, Bravo cemerlang untuk mengecewakan penyokong Villa yang hadir.
Semuanya hampir sempurna buat City dalam perlawanan ini. Jika ada perkara yang sedikit mengecewakan ia adalah kegagalan mereka memburu gol ketiga yang pasti akan terus mematikan langkah Villa.
Ia adalah minggu yang amat baik buat Guardiola dan anak buahnya – di sebalik kmelut FFP dan hukuman oleh UEFA – selepas memenangi perlawanan menentang Real Madrid pada tengah minggu lalu, dan kini muncul juara Piala Carabao.