Highlight & Laporan: Gol Moura Pastikan Spurs Mara Ke Pusingan Kalah Mati UCL Di Nou Camp

Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Loading official content
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
Go behind the scenes at Clairefontaine and watch Kylian Mbappé and other France stars taking part in the first squad photo of the year.
0 seconds of 58 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training
00:33
00:00
00:58
00:58
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Menurut Mauricio Pochettino, kejayaan Tottenham melepasi saingan peringkat kumpulan dan mara ke pusingan kalah mati sebagai 16 pasukan terbaik eropah adalah satu kejayaan yang sangat penting.

Jaringan penyamaan oleh Lucas Moura pada minit ke-85 perlawanan memberikan satu mata berharga buat Spurs di Nou Camp – selepas permulaan buruk kelab London tersebut di pertandingan eropah.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)
Misi sukar

Sebelum ini Spurs hanya berjaya mengutip satu mata dari tiga perlawanan pertama peringkat kumpulan. Untuk mara, mereka wajib mencatatkan keputusan yang sama atau lebih baik dari Inter Milan yang menjadi tuan rumah kepada PSV Eindhoven dalam satu lagi perlawanan.

Berhadapan dengan Barcelona, Spurs pada mulanya dianggap tersingkir selepas Mauro Icardi menjaringkan gol awal untuk Inter mendahului PSV di San Siro.

Moura kemudiannya menjaringkan gol penyamaan untuk Spurs – namun terpaksa menunggu sebelum disahkan kemaraan sehingga Inter disahkan gagal untuk menewaskan PSV Eindhoven.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)
Cemas seketika

Bercakap kepada wartawan mengenai kemaraan Tottenham Hotspur selepas mara ke pusingan seterusnya, Pochettino mengakui sedikit cemas kerana terpaksa menunggu keputusan membabitkan Inter Milan dan PSV Eindhoven.

“Saya amat gembira untuk penyokong-penyokong- ini adalah kejayaan yang amat besar dan bererti untuk kelan ini,” ujar Pochettino.

“Kami sedikit gusar kerana masih terpaksa menunggu keputusan satu lagi perlawanan yang belum tamat.

(Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

Spurs ketinggalan selepas gol awal Ousmane Dembele, namun kemudian bangkit dengan serangan bertali arus. Harry Kane dan Son Heung-Min antara pemain yang terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Kelab London itu akhirnya memecah kebuntuan lima minit sebelum tamat masa sebenar melalui pemain gantian, Moura.

Kejayaan ini bermakna kesemua kelab Inggeris mara ke saingan kalah mati pada musim ini, setelah Liverpool turut berjaya mencari gol yang mereka perlukan ketika menewaskan Napoli 1-0 di Anfield.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN