Highlight: Lihat ‘Save’ Alisson Pada Masa Kecederaan Selamatkan Liverpool

Liverpool mara ke pusingan kalah mati UCL selepas mencatatkan keputusan menang 1-0 ke atas Napoli dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield.

Liverpool ternyata pasukan yang selayaknya menang selepas mencipta banyak peluang gol. Jika Sadio Mane lebih tajam, beliau mungkin boleh hatrik dalam perlawanan ini.

Pertarungan Kalidou Koulibaly dan Mohamed Salah mencuri tumpuan. Mohamed Salah tewas dalam kesemua duel dengan Koulibaly. Namun pada minit ke-34, Salah memenangi duel di antara mereka – dan Salah menjaringkan gol pertama Liverpool.

Dalam kedudukan 1-0, Napoli meningkatkan intensiti permainan. Jika mereka mendapat 1 lagi gol mereka akan mara jika seri 1-1. Liverpool perlu menang dengan margin 2 gol dan ke atas jika Napoli mendapat 1 gol itu.

Pada masa kecederaan, Alisson Becker berhadapan dengan ancaman daripada Arkadiusz Milik dari jarak dekat. Alisson melebarkan posisi badannya untuk menafikan percubaan Milik itu. Jika Alisson gagal menyelamatkan bola itu, mustahil untuk Liverpool mencari 2 gol dalam masa kurang 2 minit.

Napoli tersingkir ke Liga Europa setelah hanya berjaya menamatkan saingan di tangga ke-3 dalam kumpulan C. Mereka dibezakan dengan jumlah gol Liverpool yang lebih banyak selepas terikat perbezaan jaringan.

Liverpool mara ke pusingan kalah mati mengiringi PSG yang menang 4-1 ke atas Red Star Belgrade dalam satu lagi perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN