Highlight La Liga: Kecederaan Messi Bayangi Kemenangan Barcelona Ke Atas Villareal

Lionel Messi sekali lagi mengalami kecederaan pada perlawanan pertama beliau pada musim ini, tatkala Barcelona mencatatkan kemenangan tipis ke atas Villareal di Nou Camp.

Messi yang baru sahaja kembali cergas dari dari kecederaan betis sebelum ini, terpaksa digantikan pada awal babak kedua perlawanan kerana masalah kecederaan paha.

Kapten pasukan itu memulakan perlawanan ke-400 beliau di La Liga, sempat melakukan sepakan sudut untuk disempurnakan oleh Antoine Griezmann sebelum Arthur melebarkan kelebihan Barcelona kepada 2-0.

Santi Cazorla kemudiannya berjaya mengurangkan defisit dengan satu jaringan.

Selepas perlawanan pengendali Barcelona, Ernesto Valverde menganggap kecederaan Messi sebagai perkara kecil.

“Apabila sesuatu berlaku kepada Messi, semua orang berhenti. Bukan sahaja permainan di atas padang, tetapi juga mereka yang berada di tempat duduk penonton.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami memutuskan untuk tidak mengambil risiko. Secara teori ia [kecederaan] itu tiada apa-apa, tetapi kami akan lihat bagaimana keadaannya esok,” jelas Valverde.

Aksi Barcelona semalam jauh daripada tahap terbaik dan kemampuan sebenar mereka, tetapi kemenangan tersebut cukup untuk membenarkan juara bertahan itu memanjat empat anak tangga, sekaligus mengurangkan tekanan terhadap Valverde.

Selepas kecederaan itu, Messi dilihat menerima rawatan di tepi padang sebelum menyambung aksi sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Beliau kemudiannya diganti oleh Ousmane Dembele pada permulaan babak kedua perlawanan.

Dalam perlawanan lain, pasukan yang baharu dipromosi terus menerajui kedudukan La Liga – berkongsi mata dengan Athletic Bilbao dan Real Madrid – selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Real Valladolid.

Real Madrid akan melayan kunjungan Osasuna pada awal pagi nanti, manakala Bilbao akan berhadapan dengan Leganese.

Berikut adalah rangkuman perlawanan Barcelona menentang Villareal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN