Highlight: Kedah Tunduk 1-3 Di Tangan Suphanburi Dalam Aksi Pemanas Badan

Kedah tewas 1-3 di gelanggang sendiri dalam aksi pra-musim menentang pasukan dari Thailand, Suphanburi.

Pasukan pelawan terlebih dahulu di hadapan menerusi Pitafai Noppol pada minit ke-8. Kedah menyamakan kedudukan menerusi Pablo Pallares pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti.

Penalti pertama gagal namun pegadil mengarahkan ia diambil semula kerana ada kesalahan dilakukan pemain Suphanburi sebelum Pallares menyentuh bola.

Pallares menyempurnakan penalti yang diambil semula itu. Dominique Comvalius meletakkan pelawat 2 gol di hadapan pada minit ke-60.

Phokhi Janepob memastikan kemenangan Suphanburi dengan jaringan ke-3 pada minit ke-74. Tamat perlawanan, Kedah 1 Suphanbhuri 3.

Ini adalah kekalahan ke-2 pasukan dari Malaysia dalam masa 2 hari di tangan pasukan dari Thailand selepas semalam JDT ditewaskan Muangthong dalam kelayakan ACL 2018.

Agak ironi, 2 pasukan tersebut juga merupakan finalis untuk Piala Sumbangsih 2018 nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN