Piala Cabaran 2018 yang merupakan edisi sulung kini sudah masuk ke pusingan akhir. Dan format pertandingan ini ada 2 final iaitu berasaskan sistem timbal balik.
Dalam perlawanan final pusingan pertama semalam Terengganu FC 2 (TFC2) terikat 2-2 dengan UKM FC.
Perlawanan dilangsungkan di Stadium Shah Alam. Kondisi padang yang berair dan becak menyukarkan permainan kedua-dua pasukan.
Terengganu FC 2 mendahului pada minit ke-31 menerusi Sharin Sapien yang melakukan half-volley yang mengelirukan penjaga gol.
Namun begitu, TFC2 dikejutkan dengan 2 gol oleh pasukan tuan rumah. Gol pertama UKM FC menerusi Michael Ijezi dalam situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol.
Ianya Diikuti gol sendiri Sebastian Kala apabila bola melantun pada kakinya.
Pendahuluan UKM FC hanya bertahan seminti. Ini apabila TFC 2 menyamakan kedudukan menerusi Zuasyra.
Perlawanan final kedua akan dilangsungkan pada 15 Oktoberi ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Siapa yang bakal menjulang trofi Piala Cabaran 2018? Ianya akan diselesaikan pada malam final 2 nanti.