Enggan Hipokrit, Hazard Anggap Real Madrid Kelab Terbaik Dunia Dan Masih Destinasi Impiannya

Eden Hazard menyatakan dia tidak mahu hipokrit dalam situasi melibatkan masa depan dia dengan Chelsea dan juga Real Madrid.

Pemain itu kini masih belum menandatangani sebarang kontrak dengan Chelsea. Namun Chelsea masih berusaha memberikan tawaran yang terbaik bagi memikat hati Hazard untuk kekal.

Hazard sebelum ini dikaitkan dengan Real Madrid dan beliau sendiri menyatakan mahu menukar angin di dalam kariernya pada Piala Dunia lalu.

Beliau musim lalu agak bergelut dengan prestasi namun pada beberapa bulan terakhir berjaya mendapatkan sentuhannya.

Di Piala Dunia beliau sangat cemerlang dan mulai menjadi perhatian Real Madrid yang mengesahkan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus.

Hazard juga memberitahu buat masa ini beliau gembira di Chelsea selepas memulakan musim ini dengan luar biasa. Beliau kini menjadi pendahulu dalam senarai penjaring EPL dengan 7 gol daripada 8 perlawanan.

Kontrak semasa Hazard akan berakhir pada 2020. Dan Eden Hazard memberitahu tawaran daripada Real Madrid sangat sukar untuk ditolak. Ini kerana Real Madrid adalah kelab impian dan beliau sokong ketika kecil.

Bercakap kepada wartawan selepas cemerlang membantu Chelsea menang 3-0 ke atas Southampton, Hazard berkata:

“Saya benar-benar berada dalam prestasi yang baik buat masa ini.”

“Real Madrid kelab terbaik di dunia. Saya tak nak menipu, ianya kelab impian saya sejak saya kecil. Saya mengimpikan bermain di Real Madrid. Kita akan tengok apa akan berlaku nanti.”

“Saya tak mahu bercakap tentang ini setiap hari. Saya tak ada masa untukknya. Namun begitu kita akan becerita pasal masa depan saya tak lama lagi.”

“Apabila anda ada impian, anda mahu merealisasikannya.”

“Seperti yang saya katakan sebelum ini berkali-kali, saya pergi dengan gembira. Dan jika saya kekal pun saya akan gembira.”

“Tiada isu jika saya pergi saya tak gembira dan jika saya kekal saya kecewa.”

“Ia berkaitan dengan masa depan saya. Kadangkala, apabila bangun pagi kepala saya memikirkan mahu pergi dan kadangkala berfikir mahu kekal. Ini keputusan yang berat dalam hidup saya. ”

“Saya mahukan perkara terbaik untuk saya, dan masa yang sama saya mahu yang terbaik untuk kelab (Chelsea) yang memberikan segala-galanya untuk saya.”

“Saya tak nak memberikan harapan dengan berkata, ‘saya sedang menandatangani kontrak baru’, dan tiba-tiba saya berubah fikiran tak melakukannya. Jadi, kita akan lihat nanti.”

Sebelum ini beberapa peminat Real Madrid ragu-ragu dengan kemampuan Hazard menjaringkan gol. Lalu mereka menganggap Hazard bukan penyelesaian kepada kehilangan Ronaldo.

Chelsea meletakkan harga lebih ‎£200 juta untuk pemain itu yang membuatkan Real Madrid terpaksa menarik diri dan melabel ianya harga terlalu mahal.

Namun Maurizio Sarri berpandangan berbeza. Beliau berpendapat Hazard kalau bermain dengan taktikal yang betul dan berada dalam prestasi terbaik, dia boleh menjaringkan 40 gol semusim.

Buat masa ini, prestasi Hazard di hadapan gol sangat baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN