Highlight EPL: Tottenham 1 Sheffield 1 – Spurs Lega VAR Katakan Ibu Kaki Lundstram Ofsaid

Jika anda merasakan ketiak Firmino cukup kelakar untuk dikatakan ofsaid, minggu ini anda mungkin akan lebih tergelak besar.

Ini kerana, pemain Sheffield United dikatakan ofsaid kerana ibu kakinya terlebih sedikit.

https://twitter.com/FootballEclipse/status/1193202925314686981

Tottenham Hotspur sekali lagi diselamatkan oleh VAR. Kali ini dalam aksi EPL.

Spurs terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Son Heung Min pada minit ke-58.

Kemudiannya, David McGoldrick menyamakan kedudukan berselang hanya 2 minit. Tetapi gol itu ditarik balik selepas pegawai VAR mendapati John Lundstram ofsaid.

Amat sukar untuk menentukan Lundstram ofsaid. Dan keluar imej di mana pegawai VAR telah menandakan bahawa ibu kaki Lundstram sebagai ofsaid.

Pengadil mengambil masa 4 minit untuk menilai keputusan itu. Dan memutuskan tiada gol.

Sheffield menyamakan kedudukan menerusi George Baldock pada minit ke-78.

Tamat perlawanan Spurs 1 Sheffield 1. Kontroversi VAR itu terus menjadi perdebatan hangat.

EPL kemudian tampil dengan penjelasan bahawa pemain ofsaid ketika binaan gol. Namun legenda Spurs sendiri, iaitu Gary Lineker, tidak mahu menerima kenyataan itu yang dianggap tidak membuktikan apa-apa.

Lineker berkata menerusi twitter beliau: “Ini tidak membuktikan apa-apa. Hentikanlah daripada cuba menjelaskan benda tidak masuk akal ini.”

Anda boleh saksikan highlight di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN