Highlight EPL: Penjaga Gol Ketiga West Ham Kebal Pastikan Kekalahan Chelsea

West Ham akhirnya berjaya meredakan seketika tekanan yang dihadapi oleh pengurus mereka, Manuel Pellegrini.

West Ham mengakhiri rekod 7 perlawanan tanpa menang dan mencatatkan kemenangan pertama di Stamford Brigde dalam 17 tahun.

West Ham menang hasil jaringan tunggal oleh Aaron Cresswell yang menjaringkan gol menerusi lencongan mengatasi Kepa Arrizabalaga – 3 minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Chelsea memiliki banyak peluang dalam perlawanan ini. Antaranya menerusi Christian Pulisic yang gagal menyempurnakan gol daripada jarak dekat. Pulisic turut terlepas 1 lagi peluang keemasan pada lewat perlawanan.

Pellegrini menurunkan penjaga gol ketiga mereka, yang berusia 33 tahun iaitu David Martin. Ini selepas Roberto melepaskan 9 bolos dalam 3 perlawanan terakhirnya dalam EPL.

Perjudian Pellegrini membuahkan hasil pada kali ini apabila David Martin, anak kepada legenda West Ham Alvin Martin melakukan beberapa siri penyelamatan yang menafikan peluang gol Chelsea – dalam debut EPL beliau.

West Ham hampir mendapat 2 gol di hadapan pada minit ke-71. Namun gol Michail Antonio ditarik balik selepas penilaian oleh VAR.

Chelsea juga bernasib baik kerana West Ham tidak dapat menyempurnakan beberapa peluang gol mereka.

West Ham menang 1-0 ke atas Chelsea. West Ham kini 6 mata di atas zon penyingkiran. Chelsea pula mempersiakan peluang untuk merapatkan jurang dengan pasukan di tempat kedua dan ketiga, Manchester City dan Leicester.

Chelsea dibezakan 3 mata daripada 2 pasukan tersebut.

Chelsea kini sudah 3 perlawanan tak menang dalam semua kompetisi.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN