Carrow Road baru sahaja mencipta memori indah buat pasukan yang baru naik, Norwich City. Ini apabila mereka menewaskan pasukan serba mewah, yang juga juara bertahan Manchester City.
3 percubaan tepat dan 3 gol dilakar oleh Norwich membuktikan bahawa
Teemu Pukki sekali lagi menjadi inspirasi pasukannya dengan 1 gol dan 1 bantuan gol di dalam aksi kemenangan bergaya Norwich City.
Norwich di hadapan seawal minit ke-19 apabila Kenny McLean melakukan tandukan bebas daripada situasi sepakan penjuru.
Todd Cantwell, pemain yang dipanggil oleh England B-21, menambah 1 lagi gol pada minit ke-28. Di mana Teemu Pukki mengatasi perangkap ofsaid dan melorongkan bola kepada Cantwell.
Sergio Aguero kemudian merapatkan jurang gol sebelum wisel rehat. Memberikan harapan kepada usaha Manchester City untuk bangkit seperti yang selalu mereka lakukan.
Namun begitu, hanya 5 minit separuh masa kedua bersambung, Teemu Pukki menjaringkan gol ke-3 untuk Norwich.
Ianya berpunca daripada kealpaan Otamendi yang tidak menyedari ancaman daripada belakang ketika cuba membina serangan daripada bawah. Buendia merampas bola dan melorongkannya kepada Pukki, yang menyempurnakan peluang tersebut.
Minit ke-88 Manchester City sekali lagi merapatkan jurang gol menerusi Rodri yang merembat deras bola dari luar kotak penalti.
Namun begitu Norwich berjaya bertahan untuk baki 10 minit perlawanan, dan menang bergaya 3-2, biarpun mereka berhadapan dengan krisis kecederaan yang kritikal.
Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua dilakar oleh Norwich pada musim ini.
Manakala, Manchester City menelan kekalahan pertama mereka musim ini.