Highlight EPL: Man Utd Buat ‘Double Man City’ Pertama Dalam Masa 10 Tahun

Manchester United melengkapkan double (kemenangan home dan away) pertama ke atas Man City dalam masa sedekad selepas menang mudah 2-0 dalam aksi Premier League di Old Trafford semalam. Ini juga adalah double Man City pertama buat United sejak persaraan Sir Alex Ferguson.

Ketika perlawanan away di Etihad Stadium pada 8 Disember 2019, Manchester United menang 2-1 hasil jaringan sepakan penalti Marcus Rashford dan Anthony Martial. Gol City dijaringkan oleh Nicolas Otamendi.

Perlawanan ini merupakan mimpi ngeri buat penjaga gol Man City, Ederson yang biasanya boleh diharap. Penjaga gol Brazil ini menghadiahkan kedua-dua gol perlawanan yang membuatkan pasukannya semakin jauh ketinggalan dari Liverpool.

Pendahulu liga itu kini hanya memerlukan dua kemenangan dari baki sembilan perlawanan untuk mengecapi kejuaraan Premier League pertama mereka dalam masa hampir 30 tahun.

Pada minit ke-30, Ederson membenarkan percubaan biasa Anthony Martial bergolek melepasi badannya susulan daripada sepakan percuma Bruno Fernandes.

City menentang keras keputusan pengadil Mike Dean memberikan sepakan percuma tersebut selepas Ilkay Gundogan menjatuhkan Fernandes.

Tetapi untuk berlaku adil kepada United, mereka juga sepatutnya diberikan penalti apabila Nicolas Otamendi menjatuhkan Fred dalam kotak penalti. Sebaliknya Mike Dean menghukum Fred dengan kad kuning kerana simulasi.

Sejam kemudian, beliau membaling bola terus kepada Scott McTominay yang menunjukkan teknik bagus untuk melepaskan rembatan kali pertama dari jarak jauh yang cantik. Gol tersebut membuatkan penyokong di Stretford End menjadi ‘gila’.

Sebelum itu, Sergio Aguero menyaksikan golnya dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid. Walaupun City mendominasi penguasaan bola, ia tidak menghalang United daripada menikmati rentetan 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan setakat ini.

Kemenangan ini turut membolehkan United mengimpikan tempat ke-4 liga. Mereka kini hanya tiga mata di belakang Chelsea yang berada di tempat keempat.

City akan melayan kunjungan Arsenal dalam aksi Premier League pada awal pagi Khamis waktu Malaysia nanti. United pula akan bertemu dengan pasukan Austria, LASK dalam aksi UEFA Europa League pada awal pagi Jumaat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN