Highlight EPL: Liverpool Lepasi Cabaran Getir Brighton

Liverpool meneruskan rentak kemenangan mereka di dalam saingan liga. Mereka juga meneruskan rekod tanpa kalah dalam liga pada musim ini selepas 14 perlawanan.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfield, Liverpool menang 2-1 ke atas Brighton dalam aksi yang penuh debaran pada 15 minit terakhir perlawwanan.

Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi Virgin Van Dijk pada minit ke-18. Van Dijk menyambar sepakan percuma Trent Alexander-Arnold.

Tidak lama selepas itu, Brighton sekali lagi terlepas kawalan ke atas Van Dijk yang menyempurnakan sepakan penjuru oleh Arnold.

Menjadikan kedua dua pemain tersebut mencipta rekod unik selaku pemain pertahanan, masing-masing dengan assist dan gol terbanyak – di kalangan pemain pertahanan – dalam liga sejak musim lalu.

Namun Liverpool dikejutkan dengan tentangan sengit oleh Brighton pada separuh masa kedua. Brighton memberikan banyak masalah kepada Liverpool.

Pada minit ke-76, Alisson dilayangkan kad merah langsung oleh pengadil selepas menampan bola dengan tangan di luar kotak penalti.

Adrian masuk menggantikan Alisson. Kurang seminit di padang, Adrian bocor apabila beliau terleka membetulkan benteng pasukan dan ditembusi sepakan percuma Lewis Dunk.

Liverpool berjaya bertahan dengan baik dengan 10 pemain untuk memastikan mereka mencatatkan 31 perlawanan liga tanpa kalah setakat ini. Rekod paling panjang dalam sejarah Liverpool.

Liverpool turut menjarakkan diri 11 mata daripada Manchester City dan Leicester.

Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN