Chelsea meneruskan rentak cemerlang dalam EPL. Kali ini mereka menang 2-0 ke atas Crystal Palace.
Ini menjadikan Chelsea menang 6 perlawanan EPL berturut-turut buat pertama kali sejak musim mereka menjuarai EPL pada 2016/17.
Kejayaan menewaskan Crystal Palace ini, bermakna, Chelsea hanya 5 mata di belakang Liverpool.
Tammy Abraham terus meledak. Beliau membuka tirai jaringan pada minit ke-52. Itu merupakan gol ke-10 beliau dalam saingan liga musim ini.
Abraham berada di kedudukan onside ketika menerima kuisan pantas oleh Willian.
22y 38d – Tammy Abraham is the second youngest player to reach double figures for Premier League goals for @ChelseaFC, after Arjen Robben (21y 342d). Decimal. #CHECRY pic.twitter.com/tAEVfLlFnT
— OptaJoe (@OptaJoe) November 9, 2019
Christian Pulisic juga meneruskan kecemerlangan di hadapan gol. Kali ini beliau menanduk masuk gol pada minit ke-79. Pulisic menyambar bola – selepas rembatan Batshuayi terbias pada pertahanan. Pulisic menanduk masuk bola tersebut.
4 – Christian Pulisic is the fourth American to score in three consecutive Premier League games, after Clint Dempsey (3 times), Joe-Max Moore and Roy Wegerle. Pie. #CHECRY pic.twitter.com/GakyNTa6Ct
— OptaJoe (@OptaJoe) November 9, 2019
2 gol tersebut sudah cukup untuk Chelsea menggenggam 3 mata berharga.
Saksikan rangkuman aksi di sini: