Tottenham Hotspur menang tipis ke atas Southampton dalam aksi ketujuh EPL mereka musim ini.
Namun kemenangan tersebut dicapai dengan penuh cemas dan juga insiden yang tidak diingini.
Spurs di hadapan menerusi Tanguy Ndombele pada minit ke-24.
Namun tidak lama selepas itu Tottenham dikurangkan kepada 10 pemain, selepeas Serge Aurier mengutip kad kuning kedua pada minit ke-31.
Komedi bercampur nahas berlaku sebelum rehat separuh masa pertama. Ini apabila Hugo Lloris cuba menunjukkan skil beliau berhadapan Danny Ings.
Lloris telah melakukan ‘Cruyff Turn’ yang membawa bencana kepada beliau dan pasukannya. Ings dengan mudah menjaringkan gol.
Hugo Lloris has now made nine errors leading to goals in the Premier League since the start of the 2016/17 season, only Asmir Begović has made more (10).
It goes from bad to worse for Spurs. 😬 pic.twitter.com/PZXFLmB0RK
— Squawka (@Squawka) September 28, 2019
Pada separuh masa kedua, seperti biasa, Spurs diselamatkan sekali lagi oleh Harry Kane.
Lloris melakukan 2 aksi menyelamat penting. Ia boleh dikira sudah cukup untuk menebus kesilapan beliau.
Penyerang kebangsaan England itu melakukan ‘trap control’ yang cantik dan melepaskan rembatan ke sebelah kanan penjaga gol.
Spurs menang 2-1 ke atas Southampton. Kemenangan ini pasti melegakan Spurs yang sebelum ini tewas di tangan Leicester.
Saksikan ragkuman perlawanan di sini: