Piala Malaysia 2019: Cerita Dan Skrip Yang Sama Setiap Kali Di Sini, Keluh Nafuzi Zain

nafuzi zain jdt terengganu piala malaysia

Pengendali sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain berpuas hati dengan apa yang telah dipamerkan oleh anak buahnya namun turut meluahkan rasa kecewanya dengan beberapa keputusan pengadil yang menurutnya sekali lagi mengganggu perlawanan.

Ketika aksi di Kuala Terengganu, pengendali berusia 40 tahun itu meluahkan perkara yang sama di mana pengadil gagal mengawal aksi dengan baik apabila rentak perlawanan sering terganggu.

Dalam aksi suku akhir kedua, malam tadi, Terengganu FC tewas 1-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin seterusnya tersingkir daripada kempen Piala Malaysia 2019, tewas dengan agregat 1-5.

“Bagi saya permainan ini hanya 20 minit sahaja. Selepas 2-0, saya tengok tiada keseronokkan untuk bermain [dan] dari segi penyokong juga tiada suasana yang meriah,” tuturnya yang ditemui dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir.

“Saya sendiri menjangkakan permainan yang menarik dari kedua-dua pasukan, kita tahu kualiti JDT dan kualiti yang TFC ada. Bagi saya, kita mahu menang tetapi sekurang-kurangnya permainan yang menghiburkan untuk memuaskan hati kedua-dua penyokong.

“Saya berasa sangat sedih kepada pemain saya sebab saya tahu untuk perlawanan ini, mereka lebih fokus dan bermati-matian. Tetapi mungkin disebabkan beberapa keputusan yang kita tahu membunuh motivasi [mereka] untuk bermain,” ujarnya kecewa.

Di awal babak pertama selepas jaringan pertama JDT terhasil, pengadil telah menghadiahkan beberapa sepakan percuma berhampiran kotak penalti pelawat yang akhirnya dimanfaatkan menerusi jaringan kedua oleh Safawi Rasid pada minit ke-22.

JDT sebelum itu memperolehi jaringan menerusi sepakan penalti seawal minit ke-16 yang disempurnakan oleh Gonzalo Cabrera selepas benteng Sang Penyu, Nasrullah Haniff didapati mengasari dan menjatuhkan Corbin Ong di dalam kotak penalti.

DItanya adakah pengadil telah merosakkan aksi pada malam tadi, Nafuzi Zain menjelaskan beberapa keputusan pengadil adakalanya tampak mengelirukan dan ini menjadi tanda tanya kepadanya.

“Saya rasa setiap kali datang ke sini, cerita dan skripnya yang sama sahaja. Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai pengadil kerana saya tahu saya bukan arif mengenai pengadil. Saya tahu pengadil juga manusia tetapi semua boleh lihat keputusannya kadang-kadang mengelirukan. Mungkin pengadil pun keliru dengan situasi tersebut,” ujarnya yang kemudian turut meminta maaf kepada penyokong kerana gagal mengulangi pencapaian musim lalu.

Selepas mendahului dua jaringan, JDT meneruskan cengkaman terhadap perlawanan dan berhasil meledak gol ketiga menerusi Safawi Rasid pada minit ke-36 serta tiga minit selepas itu menerusi rembatan mudah Gonzalo Cabrera sebelum Lee Tuck menjaringkan gol saguhati buat Terengganu FC di penghujung babak pertama.

Kredit Featured Image: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN