Liverpool meneruskan rentak cemerlang mereka musim ini dengan kemenangan ke-14 mereka daripada 17 perlawanan.
Liverpool mendominasi perlawanan ini dengan 64% penguasaan bola dan 36 percubaan ke arah gol. Manchester United cuba menyerap asakan pemain Liverpool di blok rendah.
Liverpool di hadapan menerusi Sadio Mane pada minit ke-24. Kira-kira 9 minit kemudian, Lingard menyamakan kedudukan selepas kesilapan Alisson.
Pada separuh masa kedua pemain gantian Xherdan Shaqiri menjaringkan 2 gol untuk memberikan Liverpool kemenangan 3-1.
Kemenangan ini mengembalikan Liverpool kedudukan tangga teratas dalam EPL. Sementara itu Man. United masih bergelut dalam usaha mereka untuk menamatkan saingan di 4 teratas.