Hidhir Idris Akui Faktor Gugup Jadikannya Sukar Menyerlah Bersama Kedah

Penyerang lincah Kuching City iaitu Hidhir Idris boleh dianggap sedang melalui musim terbaik beliau selepas pemain ini kembali mewarnai saingan Liga Super 2023 dengan prestasi lebih menyakinkan.

Hidhir merupakan antara produk berkualiti yang diperkenalkan oleh Kedah Darul Aman (Kedah), dan sempat beraksi bersama skuad utama selama beberapa musim sebelum dipinjamkan kepada PDRM serta terkini, Kuching City.

Sepanjang beraksi bersama Kedah, Hidhir gagal untuk mencapai prestasi yang diinginkan oleh kejurulatihan serta para penyokong, dan itu diakui sendiri oleh pemain tersebut menerusi laman Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Semasa bersama Kedah, jurulatih ada memberi peluang untuk saya beraksi tetapi saya tak gunakan itu sebaiknya.

“Mungkin saya gugup dengan suasana penyokong yang ramai tapi bagi saya sebenarnya itu bukan masalah, mungkin juga saya sukar nak menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Super yang laju.

“Tapi selepas itu saya bermain di Liga Premier dan tempo permainan saingan tersebut agak perlahan untuk disesuaikan dengan diri,” jelas Hidhir.

Hidhir juga menganggap detik terbaik beliau selaku pemain profesional ketika pemain tersebut membantu Kedah menjulang Piala FA pada tahun 2019 untuk menewaskan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Sepanjang hidup saya, itu mungkin detik paling menarik pernah dirasai walaupun pada aksi akhir itu saya tidak disenaraikan, tetapi perlawanan-perlawanan sebelum itu saya berpeluang beraksi.

“Perasaan yang sangat seronok dan puas, seolah selama ini saya bermain bola dan itu merupakan hasil diperoleh buat diri ini dan itu merupakan kenangan manis,” tambah Hidhir.

Pada masa sama, Hidhir mengakui kenangan pahit dirasai beliau sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional pada tahun 2019 ketika bersama Kedah.

Jelas Hidhir, beliau sering mendapat peluang daripada bekas pengendali Sang Kenari iaitu Aidil Sharin Sahak, tetapi pemain tersebut tidak dapat beraksi dengsn baik di atas padang.

“Aidil Sharin banyak bagi peluang kepada saya, masih ingat lagi beliau begitu percaya kepada saya dan banyak perlawanan saya beraksi.

“Tapi saya tak dapat beraksi dengan baik dan kadang kala saya sendiri peluk kenapa saya gagal berikannya atau mungkin saya sendiri lambat menyesuaikan diri di atas padang dalam aksi Liga Super.

“Tapi sekarang Alhamdulillah, saya punya permainan ada peningkatan. Saya tak berani nak buat keputusan sendiri dan lambat berfikir ketika itu di atas padang,” terang Hidhir lagi.

Musim ini menyaksikan Hidhir telah pun beraksi sebanyak lapan perlawanan bersama Kuching City dengan lima kali diberi kepercayaan oleh Irfan Bakti Abu Salim dalam kesebelasan utama.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN