Herrera Dedah Diet Tingkatkan Prestasi Di PSG Sehingga Buatkan Pemain Kencing Berdarah

Ada dua sebab utama mengapa pemain bolasepak profesional harus menekankan pengambilan nutrisi yang betul.

Pertama, nutrisi yang betul membantu pemain untuk mengelakkan diri dari kecedraan.

Pada musim 2017/18 misalnya, pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin terpaksa menukar nutrisi yang diambilnya sepenuhnya akibat kecedraan yang kerap menimpa dirinya.

Selepas dicadangkan oleh pakar nutrisi, Bellerin memutuskan untuk mengamalkan diet yang bebas daging, dan mengambil makanan lain sebagai sumber utama protein.

Kedua dan sebab yang terutama, nutrisi dianggap penting untuk perkembangan pemain demi menghasilkan prestasi terbaik di atas padang.

Pemakanan yang sihat dan penjagaan diet merupakan keperluan wajib yang membantu pemain bola sepak membina otot, memperbaiki daya pemikiran dan juga untuk perkembangan fizikal.

Sangat penting untuk para pemain muda sentiasa mengambil makanan nutrisi untuk memastikan badan mereka mempunyai tenaga dan protein yang diperlukan.

Setiap makanan dan minuman yang mereka ambil adalah sangat penting  kerana ia mampu memberi impak kepada prestasi fizikal mereka ketika sedang menjalani latihan ataupun sedang bermain dalam perlawnan penting.

Herrera dedah diet diamalkan PSG

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Ander Herrera baru-baru ini mendedahkan pengambilan diet oleh pemain-pemain kelab Ligue 1 itu untuk meningkatkan prestasi mereka ketika perlawanan.

Bekas pemain Manchester United dan Athletic Bilbao itu ketika bercakap kepada futblemotion di Instagram berkata pakar nutrisi kelab Perancis itu menyediakan minuman smoothie berasaskan ubi bit merah sebelum perlawanan.

Banyak sekali khasiat dan kebaikan ubi bit merah ini. Antaranya adalah untuk mengatasi tekanan darah tinggi dan menyihatkan jantung.

Para pakar daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat menyarankan pesakit hipertensi untuk minum 500 ml jus bit setiap hari

Kajian juga mendapati ubi bit mampu meningkatkan kualiti persembahan atlet dengan meningkatkan tenaga dan stamina pemain.

Elemen menegejutkan ubi bit merah

Pemain tengah dari Sepanyol berusia 32 tahun itu turut mendedahkan pengambilan jus ubi bit merah itu turut datang dengan elemen mengejutkan selepas pengambilannya.

Bagi mereka yang mengamalkannya buat kali pertama, ia mungkin akan menjadi pengalaman yang menakutkan.

“Apabila anda membuang air kecil (kencing) selepas perlawanan, anda ingat air kencing anda mengandungi darah,” kata Herrera.

“Kali pertama anda pasti akan terfikir, ‘Alamak! Saya kencing darah.'”

“Kemudian baru anda akan teringat akan pengambilan jus ubi bit merah sebelum perlawanan.”

Setakat ini formula pakar nutrisi PSG memberikan pemain minuman jus ubi bit merah tampaknya berhasil. Kelab Paris itu kini menduduki tangga teratas Ligue 1 dan mempunyai kelebihan 13 mata ke atas pasukan di kedudukan kedua, Marseille.

PSG juga berhaya mara ke peringkat seterusnya di pertandingan Piala Perancis pada Ahad lalu. Kini skuad kendalian Mauricio Pochettino sedang mempersiapkan pasukan untuk menentang Lorient pada awal pagi nanti.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN