Hermes: Penaja Bundesliga Tiba-Tiba Dikenali

Barangkali laman-laman web menggunakan nama Hermes di serata dunia akan menerima tempias daripada satu peristiwa. Malah, jika para pembaca memasukkan nama Hermes di Google, sudah pasti jawapannya akan memaparkan berita berkaitan jenama ini di Malaysia.

Tahukah anda, nama Hermes juga dikenali di dalam dunia sukan? Tetapi Hermes yang melibatkan diri dalam industri sukan ini bukanlah syarikat beg tangan!

Sebenarnya bukan…

Lori kontena Hermes. Sumber: Postal Technology International

Hermes yang dimaksudkan ialah sebuah syarikat servis kurier antarabangsa yang beribupejabat di Hamburg, Jerman. Mereka mempunyai banyak cabang perniagaan seperti e-dagang, logistik dan pengangkutan.

Mereka beroperasi di pelbagai negara termasuk Jerman sendiri. Antara negara mereka menjalankan perkhidmatan ialah Austria, Britain, Rusia dan Itali.

Tarik perhatian

Hermes menjadi penaja utama Bundesliga.

Dek nama Bundesliga yang dikenali dunia, Hermes mengambil keputusan untuk menaja mereka. Kedudukan Hermes dalam Bundesliga ialah sebagai penaja peringkat ‘premium.’

Ini menyaksikan jenama Hermes diletakkan di ‘sleeve’ jersi pemain. Jenama ini boleh dilihat sama ada di Bundesliga dan 2.Bundesliga.

Hermes menaja Bundesliga mulai separuh kedua bagi musim 2012/13. Pegawai Hermes menyatakan bahawa mereka mahu jenama Hermes ini dekat di mata para penyokong. Malah, ia memang memberi impak di mata dunia sebenarnya!

Kurier trofi

Menariknya, Hermes diberikan kepercayaan untuk menjadi kurier rasmi trofi liga pada perlawanan terakhir Liga Jerman. Ia satu cara menarik untuk mempromosikan syarikat tersebut.

Tetapi, perjanjian menarik ini telah pun berakhir pada 2016-17. Kedua-dua pihak difahamkan telah bersetuju untuk tidak meneruskan agenda mereka ini.

Kelab-kelab Bundesliga pula diberikan kebebasan untuk mendapatkan penaja di ‘sleeve’ mereka. Antara kelab terawal yang berjaya mendapat penaja ialah Hoffenheim.

Strategi Hermes ini sangatlah bijak untuk membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia. Mungkin suatu hari nanti mereka akan memulakan operasi di negara kita. Sekurang-kurangnya mereka tidak menjual beg tangan, tetapi menjual servis kurier!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN