QPR Lantik Bekas Pengurus England, Steve McClaren Sebagai Pengurus

Bekas pengurus skuad kebangsaan England, Steve McClaren dilantik bagi menjawat jawatan pengurus Queens Park Rangers. Kelab London itu memilih beliau untuk menggantikan Ian Holloway yang meletak jawatan.

Kembali semula

Steve bukanlah individu asing di Loftus Road. Beliau pernah menjawat jawatan jurulatih ketika Harry Redknapp menjadi pengurus pada tahun 2013.

Kemudiannya, beliau berhijrah ke Derby County untuk menjadi pengurus.

Kelab London itu masih belum mengumumkan barisan jurulatih yang akan bersama Steve McClaren. Tetapi kelab itu sudah memberikan kontrak selama dua tahun kepada beliau.

Gembira

Steve McClaren mengakui amat gembira untuk kembali ke Loftus Road sebagai pengurus. Beliau mengikuti rapat perkembangan kelab itu agak lama iaitu 5 tahun.

Walaupun beliau berkhidmat pada tahun 2013 sebagai jurulatih hanya beberapa bulan sahaja.

Les Ferdinand memberitahu bahawa sebelum ini Steve seorang mempunyai reputasi yang baik dalam kejurulatihan. Selain itu, beliau juga mempunyai rekod baik dalam pembentukan pemain muda.

Les Ferdinand merupakan Pengarah Bola Sepak untuk Queens Park Rangers.

Warna warni

Ketika kegagalan beliau membawa England ke EURO2008. Sumber: The Telegraph.

Steve McClaren amat diingati kerana gagal membimbing skuad Three Lions mara ke EURO 2008. Gambar ikonik memegang payung itu dikatakan antara gambar-gambar dikenang sejarah bola sepak negara itu.

Namun, beliau berjaya mencoretkan nama apabila memenangi gelaran juara liga Belanda bersama FC Twente pada musim 2009/10. Sebelum itu, beliau berjaya membawa Middlesbrough selaku juara Piala Liga pada musim 2003-04.

Antara kelab yang pernah mengambil khidmat beliau ialah Nottingham Forest, Derby County dan Newcastle United. Steve juga pernah menjadi pengurus Wolfsburg di Jerman selama beberapa bulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN