Thierry Henry Dedahkan Pep Guardiola Merupakan Sumber Rujukannya, Turut Tidak Melupakan Jasa Arsene Wenger

Henry
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengurus baharu AS Monaco, Thierry Henry mendedahkan bahawa bekas pengurusnya ketika di Barcelona, Josep ‘Pep’ Guardiola merupakan sumber rujukannya dalam bola sepak.

Henry turut melihat Pep Guardiola sebagai individu yang mengajar dirinya untuk kembali ‘mempelajari semula cara bermain bola sepak’ sewaktu beraksi bersama Barcelona.

Guardiola yang membimbing Henry di Nou Camp berjaya melakarkan kejayaan gemilang dengan membawa Barcelona memenangi kejuaraan La Liga, Copa Del Rey dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim pertamanya sebagai pengurus kelab Catalan itu.

Henry yang sebelum ini menjadi pembantu kepada Roberto Martinez di kem skuad kebangsaan Belgium, mengharapkan agar beliau dapat kembali mencipta taktikal ‘Tiki-Taka’ yang dipelopori oleh Guardiola.

Menurut sumber Sky Sports, ketika beliau ditanya sama ada apa yang akan diambil dari kerjasama bersama Pep Guardiola dahulu, pengurus As Minaco itu meluahkan: ”Pep (Guardiola) merupakan sumber rujukan, buat saya, saya tidak katakan buat semua orang.”

LONDON COLNEY, UNITED KINGDOM – MAY 11: Thierry Henry and Arsene Wenger during the Arsenal UEFA Champions League Media Day at the Arsenal Training Complex on May 11. 2006 in London Colney, England. Arsenal will take on Barcelona in the UEFA Champions League Final at the Stade de France in Paris next week. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

”Saya kembali belajar bagaimana cara untuk bermain bola sepak ketika berhijrah ke Barcelona di bawah kendaliannya. Pep, dia boleh mengatakan mengenai permainan dan dia tidak akan tidur.”

”Anda boleh tertidur dan dia akan masih terus sahaja bercakap.”

Dalam masa yang sama, Henry turut memberikan pujian terhadap pengurus legenda yang membimbingnya ketika di Arsenal, Arsene Wenger.

”Arsene (Wenger) telah membuka banyak perkara dalam fikiran saya dan membuatkan saya memahami apa yang diperlukan untuk menjadi seorang yang profesional, apa diperlukan untuk beraksi dengan baik dan saya tidak akan melupakannya.”

”Anda semua tahu mengenai hubungan saya dengan dia, jadi saya tidak akan mengatakan bahawa saya akan sentiasa membawa beberapa perkara yang dia lakukan.”

”Anda belajar dari orang dan mereka yang memberi inspirasi kepada anda, tetapi anda perlu meletakkan campuran kaedah anda yang tersendiri.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN