Carlos Valderrama: Gembira Di Bayern Munich, James Rodriguez Tidak Akan Kembali Ke Real Madrid

James Rodriguez

Legenda Colombia, Carlos Valderrama menjangkakan bahawa pemain serangan yang dipinjamkan ke Bayern Munich dari Real Madrid, James Rodriguez tidak akan kembali bersama kelab Los Blancos itu.

Bekas ketua pasukan yang terkenal dengan fesyen rambut afro itu melihat James Rodriguez cukup gembira dapat bersama Bayern Munich dan Valderrama turut menyifatkan satu kesilapan buat Madrid kerana melepaskan pemain itu pada musim lalu.

James telah dipinjamkan selama dua musim ke gergasi Jerman itu dengan Bayern Munich mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat beliau secara tetap pada penghujung musim ini dengan nilai sebanyak €42 juta sekiranya pemenang Anugerah Puskas 2014 itu bersetuju dengan terma peribadi yang ditetapkan.

Valderrama mengakui bahawa beliau terkejut apabila James Rodriguez dipinjamkan ke Bayern Munich walaupun beliau menjadi antara tunjang kepada kejayaan Real Madrid meraih satu kejuaraan La Liga dan dua trofi Liga Juara-Juara Eropah dalam tempoh tiga musim berada di Madrid.

”James (Rodriguez) kelihatan sangat baik, gembira di Bayern Munich. Jika dia tidak kembali ke Real Madrid ketika ini, saya tidak berfikir dia akan sesekali kembali ke sana.”

HARRISON, NJ – OCTOBER 16: James Rodríguez #10 of Colombia clears the ball in front of Costa Rica defense during their match at Red Bull Arena on October 16, 2018 in Harrison, New Jersey. (Photo by Jeff Zelevansky/Getty Images)

”Apa yang dilakukan pada musim pertama bersama Carlo Ancelotti adalah sungguh besar kerana apabila di tiba di Real Madrid, tiada siapa sangka dia akan melakukan apa yang telah dia telah lakukan.”

”Saya mengetahui kerana sudah lama mengenalinya dalam tempoh masa yang lama dan mempunyai lebih kepercayaan terhadap dirinya. Dia mempunyai musim yang cukup hebat.”

”Apa yang berlaku selepas itu adalah aneh. Saya tidak memahaminya dan di Colombia, kami tidak memahami keadaan yang dialaminya (ketika James dipinjamkan ke Bayern Munich).”

Dalam pada itu, Valderrama turut keliru mengapa Real Madrid membiarkan James pergi terutamanya apabila melepaskannya ke pasukan pencabar hebat dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, dan beliau percaya itu adalah keputusan yang aneh dibuat Los Blancos.

”Sudah semestinya ya, Real Madrid kini menyedari bahawa mereka telah melakukan kesilapan kerana melepaskan pemain yang hebat pergi meninggalkan pasukan, seorang pemain hebat dengan kualiti yang cukup baik, bukan hanya di Madrid tetapi terbukti dalam saingan Piala Dunia.”

 

Kredit foto: La10pe

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN