Jordan Henderson Label Virgil Van Dijk Sebagai Pemimpin Sebenar

Virgil Van Dijk

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson melabelkan tonggak utama, Virgil van Dijk sebagai pemimpin sebenar buat pasukan dan turut beranggapan pemain berusia 29 tahun itu antara pertahanan terbaik di dunia pada ketika ini.

Van Dijk yang menyertai Liverpool pada jendela perpindahan musim sejuk kempen 2017/18 pantas memberikan impak positif dengan menyajikan corak permainan kental di jentera pertahanan The Reds.

Tidak keterlaluan untuk memperkatakan bahawa keputusan yang diambil van Dijk dalam memilih Liverpool sebagai destinasi seterusnya selepas Southampton sebagai langkah bijak.

Kecemerlangannya mengemudi unit pertahanan Liverpool serta adunan pemain-pemain berkualiti telah menjadikan kelab Merseyside itu sebagai pasukan yang digeruni selepas berjaya menjulang Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia Kelab FIFA dan terbaharu, Liga Perdana Inggeris.

Sehubungan dengan itu, Henderson menilai van Dijk sebagai pemain yang cukup bernilai buat Liverpool berikutan kredibiliti hebat dimilikinya.

”Virgil merupakan pemain yang begitu besar maknanya buat kami. Semua orang pasti mengetahui tentang perkara ini.”

”Dia telah membuat perbezaan besar sejak dia mula menyertai pasukan,” ujar Henderson menurut laporan Goal.

”Sebagai seorang pemain, manusia, seorang pemimpin, segalanya. Saya tidak mempunyai cukup perkataan untuk menceritakan tentang dirinya. Dia telah memberikan keyakinan kepada pasukan dan dia semakin baik, bertambah baik.”

”Dia merupakan seorang pemimpin sebenar. Dia juga adalah pertahanan terbaik di dunia,” tambah kapten pertama Liverpool yang menjulang trofi EPL itu lagi.

Aksi cemerlang ditampilkan pada musim lalu menyaksikan van Dijk berada di kedudukan kedua dalam senarai Ballon d’Or selepas beliau hanya kekurangan tujuh undi sahaja untuk menyamai jumlah undian diterima pemenang, Lionel Messi.

Kredit featured image: Virgil Van Dijk

Baca artikel lain dari kami mengenai Van Dijk:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN