Kepercayaan Dollah Salleh Pemangkin Prestasi Cemerlang Helmi Eliza Di Pahang

Helmi

Berusia 35 tahun, penjaga gawang Pahang, Helmi Eliza Elias boleh dikatakan telah beraksi cemerlang membantu pasukannya itu sepanjang saingan unifi Liga Super 2018.

Beraksi hampir kesemua perlawanan liga musim ini berbanding Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin, Helmi cemerlang dengan rekod 6 perlawanan tanpa bolos.

Ia juga merupakan rekod kedua terbaik di belakang penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias yang telah mencatatkan 12 perlawanan tanpa bolos.

“Apabila saya diberi peluang untuk mengawal gawang pasukan musim ini, sebagai pemain berpengalaman, saya memberikan segalanya,” ujarnya kepada Berita Harian.

“Saya bersyukur kepercayaan itu dibalas dengan pencapaian menjuarai Piala FA musim ini dan sedia melaksanakan tanggungjawab pada kempen Piala Malaysia nanti,” jelasnya lagi.

helmi
Helmi Heliza (kiri)
Foto: Media PBNP

Helmi meraih kepercayaan ketua jurulatih Dollah Salleh selepas Tok Gajah kehilangan penjaga gol utama, Wan Azraei Wan Teh yang telah berhijrah ke Terengganu FC.

Dollah hanya membawa masuk Remezey ke Pahang daripada Kuala Lumpur untuk posisi tersebut namun aksi tangkasnya di gawang tidak memberi peluang untuk Remezey.

Menurutnya, kepercayaan Dollah itu adalah penggerak dan menjadi motivasi buat dirinya untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat Pahang pada musim ini.

“Bagi saya, beliau bukan saja sebagai jurulatih, tapi ayah dan kawan yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk beraksi hingga kembali berada pada prestasi terbaik,” jelasnya lagi.

Aksi tangkasnya itu telah menarik perhatian para pemerhati bola sepak tempatan dan pihak media juga meletakkan dia sebagai pemain berpotensi untuk tersenarai ke Piala AFF 2018.

Menurut Fox Sports Asia, bekas penjaga gol Kedah dan skuad kebangsaan itu adalah antara 5 pemain yang wajar dipertimbangkan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

helmi
FOTO: MUSA

“Dengan pengalaman yang ada biarpun kali terakhir menyarung jersi negara pada kejohanan AFF di Thailand 2008, saya sedia kembali jika diberi kepercayaan,” tekadnya.

Penampilanya pada edisi tersebut telah mengundang kritikan para pemerhati bola sepak selepas Malaysia tersingkir dalam peringkat kumpulan yang mengandungi Thailand, Vietnam dan Laos.

Pahang kini bersaing bersama Perak dan Terengganu FC untuk kedudukan kedua terbaik liga dan perlawanan terakhir liga hujung minggu ini tampak memihak kepada Tok Gajah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN