Helikopter Pemilik Leicester City Terhempas Di Luar Stadium King Power

Helikopter pemilik Leicester City dilaporkan terhempas di luar stadium King Power.

Pemilik pasukan tersebut, Vichai Srivaddhanaprabha biasanya dijemput dengan helikopter milik beliau setiap kali selepas tamat perlawanan The Foxes di King Power Stadium.

Dalam perlawanan awal pagi tadi waktu Malaysia, Leicester seri 1-1 dengan West Ham United.

Vichai Srivaddhanaprabha (gambar) di antara mereka yang berada di dalam helikopter tersebut.

Masalah pada bahagian belakang helikopter dilaporkan menjadi punca kenapa ia terhempas di kawasan letak kereta.

Beberapa gambar yang dikongsi di media sosial memaparkan kebakaran dengan api marak di lokasi kejadian.

Jurucakap kelab Leicester City menyatakan mereka bekerjasama dengan pihak polis untuk siasatan kes itu.

Pihak kelab akan mengemaskini maklumat kepada orang awam dari masa ke semasa.

Pasukan keselamatan dan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu menyatakan mereka menerima panggilan pada 8.38 malam.

Ambulans dan doktor berkejar ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan dan rawatan kepada mangsa kemalangan itu.

https://twitter.com/TVDMolen/status/1056297235024146433?s=19

Berdasarkan maklumat awal helikopter itu berlepas secara normal dan sudah naik sekitar 200 kaki daripada permukaan tanah.

Namun begitu berlaku masalah di bahagian belakang yang menyebabkannya terhempas.

Saksi kejadian menyatakan yang helikopter itu terhempas dengan cara yang agak mengerikan. Antara saksi kejadian ialah Peter Shilton dan isterinya.

Helikopter itu berkapasiti untuk 8 orang. 2 krew dan 6 penumpang. Ramai penyokong Leicester City berada di luar stadium kerana mahu tahu perkembangan terkini tragedi itu.

Srivaddhanaprabha mulai menjadi pemilik Leicester City pada 2010. Pada musim 2015/16 Leicester mencipta sejarah menjuarai EPL sebagai pasukan bukan pilihan.

Beliau kemudian menghadiahkan sebiji kereta BMW i8 Kepada semua pemain yang bernilai £100,000.00 setiap seunit.

Di media sosial ketika ini ramai yang berdoa dan memberikan kata kata sokongan kepada Leicester City.

https://twitter.com/AfricaLiverpool/status/1056299968988958721?s=19

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN