Lopetegui: “Barcelona Adalah Pasukan Mantap, Begitu Juga Kami”

Aksi tumpuan La Liga pada musim ini terarah kepada pertemuan dua pasukan utama liga tersebut iaitu Barcelona dan juga Real Madrid.

Barcelona jelas dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini dengan Real Madrid pula tertekan untuk memperbaik prestasi domestik mereka.

Di mata pihak yang memerhati, Real Madrid jelas kehilangan kekuatan mereka selepas pemergian Cristiano Ronaldo ke Juventus.

Namun bagi pengurus kelab itu iaitu Julen Lopetegui, ianya tidaklah seperti yang difikirkan orang.

Beliau mengatakan Real Madrid tetap setanding dengan kekuatan Barcelona ketika ini.

“Barcelona adalah pasukan yang hebat, begitu juga dengan kami.”

“Dalam perlawanan sebegini kita perlu memikirkan mengenai diri kita sambil perlu berjaga-jaga dengan keupayaan lawan.”

“Kami perlu beraksi dengan sepenuh kekuatan kami dan juga mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak lawan.”

Menurut pengurus Real Madrid itu juga, perlawanan seperti El Clasico ini memerlukan prestasi yang cemerlang di semua bahagian baik serangan mahu pun pertahanan.

“Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam perlawanan seperti ini.”

“Pertama, kita perlu beraksi dengan baik di atas padang dengan melakukan serangan dan bertahan dengan baik.”

“Perkara kedua adalah aspek mental dan cara para pemain menghadapi perlawanan ini.”

“Selain itu kita juga perlu fokus kepada perkara-perkara kecil seperti tidak melakukan kesilapan mudah, yakin pada kekuatan sendiri serta kemampuan menyukarkan pihak lawan.”

El Clasico pertama musim ini akan dilangsungkan malam ini di Nou Camp jam 11.15 malam waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN