Heberty Akui Perlukan Masa Untuk Lebih Cergas Bersama JDT

Penyerang import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Heberty Fernandes mengakui beliau masih ada banyak kelemahan perlu diperbaiki untuk tampil lebih baik pada masa akan datang bersama pasukan.

Penampilan sulung Heberty dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) jelas bermula dengan langkah kanan, selepas beliau berjaya meledak gol sulung ketika membantu JDT menewaskan Selangor.

Liga Super: Penampilan Sulung Heberty Bantu JDT ‘Benam’ Selangor Di SSI

Tatkala rakan penyerang lain iaitu Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo mengalami kecederaan, peluang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh pemaim Brazil tersebut untuk memberi kegembiraan buat para penyokong Harimau Selatan.

Hasil jaringan Heberty juga menyaksikan JDT tampil lebih bermotivasi untuk mendapatkan gol kedua yang mengesahkan kemenangan mereka di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hasil jaringan penalti daripada Bergson da Silva.

Kemenangan tersebut juga semakin pasti untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super musim 2023 buat JDT selepas mereka berjaya menjarakkan mata dengan lebih jauh bersama Selangor serta mengekalkan konsistensi kemenangan dalam 18 perlawanan.

Heberty jelas meluahkan rasa teruja selepas kejayaan beliau untuk menyumbang gol pertamanya musim ini di Malaysia selain memberi impak cukup positif bersama JDT pada aksi sulung.

“Saya amat gembira kerana dapat membantu pasukan dan menjaringkan gol. Ia satu perasaan yang hebat dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata dan saya sememangnya teruja dengan permulaan yang baik ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Walaupun gembira dengan kejayaan sulung itu, penyerang kelahiran Brazil tersebut juga mengakui masih memerlukan waktu untuk tampil lebih cergas serta menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Selain itu, Heberty juga menyatakan saingan Liga M serta Thailand mempunyai tahap kompetitif cukup baik selain gembira untuk berada di Johor bersama kelab terbaharunya itu.

“Saya rasa masih banyak yang perlu diperbaiki agak lama tidak beraksi kerana Liga Thailand sudah dua bulan berakhir. Saya perlukan sedikit masa untuk lebih bersedia dan lebih cergas.

“Liga Malaysia dan Liga Thailand ia adalah dua liga yang baik. Pemerhatian saya dari perlawanan sebelum ini ketika menentang KL City, pasukan beraksi sangat baik dan perlawanan hari ini juga sangat sukar dan saya sangat gembira berada di sini,” katanya lagi.

Tampil dengan reputasi cukup besar di Thailand, pastinya lebih banyak yang akan dipamerkan oleh Heberty pada perlawanan akan datang selaku penggempur baharu JDT pada pertengahan musim ini.

Malah, ia juga membuktikan JDT sentiasa mementingkan sikap berdaya saing antara para pemain untuk merebut kesebelasan utama bersama pasukan dan itu menjadi cabaran terbesar buat Heberty selepas ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN