Hazwan Tekad Rebut Tempat Dalam Skuad Harimau Malaya

Ahmad Hazwan Bakri sudah bersedia dan bertekad untuk menarik perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk disenaraikan ke dalam skuad akhir kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Walaupun terdapat persoalan sekiranya Hazwan berada dalam keadaan terbaik untuk menyarung jersi negara – kerana minit perlawanan yang terhad di peringkat Liga Malaysia – beliau berpeluang membuktikan kemampuan diri dalam aksi persahabatan menentang Jordan pada Jumaat ini.

Hanya 23 pemain dari senarai awal 27 yang dipanggil menyertai kem latihan pusat oleh Tan Cheng Hoe akan dikekalkan. Selain Hazwan, empat pemain penyerang lain yang turut menyertai latihan sejak Ahad lalu adalah Norshahrul Idlan Talaha (Pahang), Muhamad Shahrek Fikri (Perak), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), dan Syafiq Ahmad (JDT).

Bercakap kepada wartawan seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA pada sesi latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam, Hazwan berkata:

Foto: FAM

“Saya bersyukur kerana jurulatih masih memberi peluang pada saya. Saya tahu saya jarang dapat bermain di JDT, saya tak pertikaikan itu kerana ada banyak pemain berkualiti di sana.

“Dari segi kecergasan, saya rasa tiada masalah kerana latihan di kem kebangsaan juga berintensiti tinggi. Terpulang kepada jurulatih nak turunkan siapa, tetapi saya akan beri komitmen yang tinggi untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,” jelas beliau.

Malaysia berhadapan tugas getir bagi pusingan kedua kempen kelayakan apabila diundi untuk berada dalam Kumpulan G. Cabaran pasukan negara akan bermula menentang musuh tradisi, Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta pada 5 Sept, sebelum skuad Harimau Malaya menunggu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September di Stadium Nasional Bukit Jalil. Turut diundi dalam kumpulan itu ialah Vietnam dan Thailand.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN