Hazard Ucap Selamat Tinggal Kepada Chelsea

Di sebalik kejayaan menjuarai Liga Europa, penyokong Chelsea pastinya agak sedikit sedih dengan pemergian Eden Hazard.

Hazard melakukan 1 Assist dan 2 gol dalam final untuk memastikan Chelsea menjuarai UEL.

Hazard memberitahu beliau mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Chelsea. Masa depan Hazard bersama Chelsea antara subjek tumpuan sejak beberapa bulan ini. Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Selepas tamat perlawanan final UEL antara Chelsea dan Arsenal, Hazard menjawab beliau merasakan ini adalah malam selamat tinggal kepada Chelsea.

Eden Hazard bekata: “Ya saya rasa ini adalah salam perpisahan. Namun dalam bola sepak kamu tidak tahu [apa-apa boleh berlaku]. Impian saya adakah bermain di EPL, dan saya telah mencapai impian itu. Bermain di EPL untuk 7 tahun. Dan ini kelab terbesar di dunia. Sekarang mungkin masa sesuai untuk mencari cabaran baharu.”

“Saya sayangkan penyokong Chelsea. Mereka akan sentiasa menjadi sebahagian keluarga saya. Dan saya akan sentiasa menyokong Chelsea.”

Ini adalah rekod Eden Hazard sepanjang bersama dengan Chelsea.

Sudah pastinya Chelsea akan merindui sentuhan beliau.

Adakah pengurusan Chelsea akan berjaya memujuk Hazard untuk terus kekal bersama mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN