Quantcast

BERITA

2 Gol 1 Assist Hazard Bantu Chelsea Julang UEL, Mudah Ratah Arsenal 4-1

Chelsea menjadi juara Europa League untuk musim 2018/19 menewaskan Arsenal dengan kedudukan 4-1.

Arsenal memulakan perlawanan dengan baik dan banyak melakukan ancaman dari sebelah kiri. Arsenal meminta penalti pada awal perlawanan namun pengadil tidak merasakan Lacazette dikasari.

Arsenal memiliki peluang gol daripada Aubameyang namun percubaan beliau tersasar.

Kedua dua pasukan gagal untuk menghasilkan sebarang gol pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Chelsea menjaringkan 3 gol dalam masa 20 minit. Pertahanan Arsenal sangat bermasalah pada separuh masa kedua.

Bermula dengan gol pembukaan oleh Giroud pada minit ke-49 menerusi tandukan cantik selepas menerima hantaran Emerson.

Chelsea menambah 1 lagi gol menerusi Pedro yang menerima hantaran Hazard pada minit ke-60. Pedro dengan tenang menewaskan Petr Cech.

5 minit kemudian Chelsea mendapat penalti selepas Giroud dijatuhkan oleh Maitland Niles di dalam kotak penalti. Eden Hazard dengan mudah menyempurnakannya.

Unai Emery membawa masuk Iwobi dan pemain itu memberikan impak segera dengan menjaringkan gol. Iwobi berjaya mengurangkan defisit kepada 1-3.

Namun pada minit ke-72 Hazard menerima hantaran Giroud untuk gol ke-4. Satu percubaan dari jarak dekat.

Hazard beraksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Beliau menjadi nadi penting Chelsea.

Petr Cech melakukan beberapa ‘saves’ untuk memastikan Arsenal tidak bocor lebih banyak. Arsenal turut memiliki beberapa peluang menerusi pemain gantian iaitu Willock namun pemain itu gagal menyempurnakannya.

Chelsea berjaya bertahan untuk memastikan mereka menjulang UEL kedua dalam sejarah kelab mereka.

Ini juga merupakan kejuaraan pertama Maurizio Sarri sebagai pengurus.

Kekalahan ini bermakna Arsenal gagal untuk mendapatkan tiket mara ke UCL musim hadapan.