Jika Tidak Lanjutkan Kontrak, Hazard Pilih Real Madrid Bukannya PSG

Hazard

Eden Hazard masih belum menandatangani kontrak lanjutan di Chelsea. Kontrak semasa beliau akan berbaki setahun sahaja lagi pada Januari hadapan. Chelsea sudah mengemukakan tawaran kepada Hazard namun pemain itu masih dalam pertimbangan.

Sebelum ini Hazard memberikan bayangan beliau mahu ke Real Madrid, kerana itu adalah kelab impian beliau ketika kecil. Selepas Piala Dunia yang lalu, Thibaut Courtois juga menyatakan keyakinannya, Eden Hazard akan menyertai Real Madrid bersama beliau.

Namun Eden Hazard masih kekal di Chelsea selepas The Blues dilaporkan menolak bidaan daripada Real Madrid dan juga Barcelona.

Dalam satu laporan di Sepanyol, Barcelona memberitahu permintaan harga oleh Chelsea untuk Hazard terlalu tinggi dan melebihi £200 juta. Real Madrid melakukan beberapa bidaan ke atas Hazard namun ditolak oleh Chelsea.

Chelsea bertegas mereka tidak mahu menjual pemain terbaik mereka. Hazard kembali ke kem Chelsea dan Maurizzio Sarri memberitahu beliau sudah bersemuka dengan pemain itu tentang kepentingannya dalam perancangan pasukan.

Hazard cemerlang di bawah Maurizzio Sarri, mendapat semula sentuhan magis beliau selepas musim lalu yang agak sukar di peringkat domestik.

Hazard menikmat peranan yang beliau gemari di bawah kendalian Sarri – iaitu sebagai pemain ‘free role’.

Hazard

Media Perancis Canal+ bertanya kepada Hazard tentang potensi beliau berhijrah ke Real Madrid ataupun PSG. Ini kerana PSG turut dilaporkan berminat dengan Hazard.

Hazard dengan terbuka menjawab: “Pada Januari 2019, kontrak saya masih ada baki setahun. Jika saya tak perbaharuinya, perpindahan itu boleh berlaku.”

“Namun saya tak rasa saya akan tinggalkan Chelsea pada Januari [pertengahan musim]. Saya tak mahu melakukan perkara seperti itu kepada kelab dan penyokong.”

“Jika berlaku pun mungkin pada musim panas akan datang. Dan saya mungkin juga akan menamatkan seluruh baki karier saya di Chelsea.”

Hazard kemudian mengakui PSG juga berminat mahukan beliau. Namun Hazard ada alasan tersendiri untuk tidak menyertai pasukan tersebut.

“PSG ada menghubungi saya, tetapi saya tak tertarik dengan mereka. Saya selalu katakan, jika saya kembali semula ke Perancis, saya hanya akan bermain untuk Lille.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN