VIDEO: Ketenangan Ridzwan Bakri Menghasilkan Jaringan Menarik Dalam Saingan LFK 2018

Ridzwan Bakri

Peminat tegar sukan futsal tanah air sudah pasti mengenali pemain lincah kelahiran Tawau, Sabah yang merupakan pemain futsal kebangsaan iaitu Mohd Ridzwan Bakri.

Beliau yang mesra dengan panggilan ‘Iwan Bakri’ berjaya mencuri perhatian penyokong yang hadir ke Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam pada 12 Ogos lalu.

Beraksi untuk pasukan Perak dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan 2018 (LFK 2018), Iwan Bakri memperagakan sentuhan penyudah yang begitu mengagumkan bagi menjaringkan gol pembukaan buat Perak ketika bertemu juara LFK 2018, Melaka United.

Jaringan yang dihasilkan Iwan itu jelas mencuri tumpuan, ia diserikan lagi dengan gerakan yang dicipta rakan sepasukan beliau juga menunjukkan satu kualiti permainan futsal yang cukup baik.

Ridzwan bersama rakan sepasukan di Perak, Shamar Fadzil ketika menjalani sesi latihan skuad kebangsaan di FAM.

Perlawanan itu bagaimanapun berjaya dimenangi Melaka United dengan keputusan 5-4 yang menyaksikan aksi begitu sengit ditampilkan kedua-dua pasukan hingga ke wisel penamat.

Rizwan Bakri juga merupakan salah seorang pemain yang mengganggotai skuad futsal kebangsaan ke Kejuaraan Futsal AFF 2018.

Skuad negara berjaya meraih tempat kedua apabila tewas ditangan Thailand pada perlawanan akhir dan Ridzwan berupaya menjaringkan tiga gol dalam kejohanan yang berlangsung di Jogjakarta itu.

Foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN