Hazard Bakal Sertai Real Madrid Selepas Tamat UEL

Hazard nampaknya sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Chelsea pada musim akan datang. Dan L’Equipe melaporkan Real Madrid adalah destinasi beliau yang seterusnya.

Selepas tamat aksi terakhir musim ini, Hazard melambai-lambai, seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Chelsea.

LEICESTER, ENGLAND – MAY 12: Eden Hazard of Chelsea acknowledges the fans after the Premier League match between Leicester City and Chelsea FC at The King Power Stadium on May 12, 2019 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Eden Hazard berkata: “Ya saya sudah membuat keputusan tentang masa depan saya. Namun keputusan ini bukanlah berkenaan saya sahaja. Adakah saya nak berterus terang pada awal musim ini? Saya mahu, namun tak mampu.”

“Saya pun sama seperti kamu, terus menanti dan penyokong pun terus menanti.”

Hazard mengesahkan keputusan sudah diambil beberapa minggu yang lalu. Dan beliau tidak rasa keputusan itu dipengaruhi oleh kedudukan Chelsea yang mara ke UCL.

L’Equipe kemudian melaporkan Chelsea dan Real Madrid sudah mencapai persetujuan untuk perpindahan Eden Hazard.

Chelsea dilaporkan menerima bidaan €100 juta daripada Real Madrid untuk pemain yang bakal memasuki kontrak tahun akhir selepas ini.

Hazard dijangka akan terus terbang ke Madrid sebaik sahaja tamat tugasan Europa League. Chelsea akan berentap dengan Arsenal dalam perlawanan akhir.

Hazard dalam kenyataan beliau menyatakan beliau tidak terganggu sama sekali dengan apa yang berlaku di luar padang. Sebaliknya, beliau sentiasa fokus dan melakukan yang terbaik setiap kali beraksi di atas padang.

Real Madrid sudah lama berkenan dengan Eden Hazard. Namun perpindahan itu gagal direalisasikan sebelum ini – selepas Piala Dunia 2018. Hal ini kerana Chelsea masih yakin pemain itu akan terus kekal dan melanjutkan kontrak dengan mereka.

Maurizio Sarri menjelaskan beliau dan kelab akur dan menghormati apa sahaja keputusan Hazard. Beliau juga menegaskan mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan pemain itu terus kekal di Stamford Bridge.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN