Eden Hazard mengakui ada mendengar ramai orang yang bercakap tentang berat badanny ketika beliau melaporkan diri di Real Madrid pada musim panas lalu.
Hazard dituduh semakin gemuk dan berisi. Tidak berada dalam berat badan unggul.
Ada beberapa peminat Real Madrid yang mempertahankan pemain itu dan menganggap ada sesetengah gambar Hazard disunting.
Hazard: Ya saya gemuk!
Sebenarnya, Hazard menyatakan beliau memang lebih gemuk ketika itu. Beliau tidak mahu menafikan perkara itu.
Hazard berkata: “Benar, saya agak tidak boleh berbohong,”
“Tetapi harus diingat bahawa ketika itu saya saya bercuti, saya bercuti.”
“Berat badan saya naik lima kilo pada musim panas. Saya seorang yang cepat naik berat badan, tetapi saya juga boleh turunkan berat badan dengan sangat cepat.”
“Ketika saya berusia 18 tahun di Lille, berat badan saya sekitar 72 atau 73 kilogram, maka, ia akan menjadi 75 kilogram apabila ketika saya menambah beberapa otot dan paling teruk adalah mencecah 77 kilogram.”
“Pada cuti musim panas, berat saya bertambah sehingga 80 kilogram tetapi saya dapat mengurangkannya dalam masa 10 hari. ”
Impian bekerja dengan Zidane
Hazard kemudian menceritakan bahawa beliau memang sudah lama mahu bekerja dengan Zinedine Zidane.
Beliau juga mengakui, perpindahan ke Real Madrid sudah beliau idamkan sejak 2016.
“Saya dan Zidane memiliki gaya permainan yang sama. Namun secara teknikal beliau lebih baik daripada saya.”
“Anda dapat melihat gaya permainannya di atas padang yang menjadikan bola sepak kelihatan sentiasa lebih mudah.”
Zidane pernah bercakap dengan Hazard pada 2016 dan mahu pemain itu datang ke Real Madrid.
“Ianya telah melekat di dalam kepala saya apabila beliau mahu saya datang ke Real Madrid, ketika Euro 2016.”
“Apabila Zidane bercakap dengan kamu, itu sudah dikira serius.”
Tak suka jurulatih Itali
Hazard kemudian membandingkan latihan di bawah Zidane, jauh menyenangkan hatinya berbanding dengan Conte dan Sarri.
“Saya sekarang di Real Madrid, latihan kami di sini banyak dengan dengan bola dan perlawanan minit.”
“Saya menghabiskan tiga tahun dengan jurulatih Itali seperti [Antonio] Conte dan [Maurizio] Sarri. Dan detik latihan dengan mereka itu begitu menyenangkan saya.”
“Mereka jurulatih yang membuatkan kamu tak gembira kerana rigid dan mengulang benda yang sama setiap hari.”