Johor Darul Takzim nyata berjaya membuktikan kepada ramai pemerhati bola sepak negara apabila mereka bukan sekadar jaguh di peringkat domestik, malahan skuad tersebut dilihat sangat bersedia dalam kejuaraan ACL musim 2022.
Skuad kendalian Benjamin Mora nyata langsung tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengetepikan cabaran Guangzhou FC dari China apabila mencatat kemenangan besar dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE
Full Time
JDT [5-0] GUANGZHOU FC
(Bergson da Silva 10', 28', 52' / He Lipan 13' (OG) / Ramadhan Saifullah 81')More photos at https://t.co/4c8XACSaXD#JDTvGUA#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/zp2VGZyr2g
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 15, 2022
Corak permainan yang kemas ditampilkan oleh wakil tunggal dari Malaysia itu berjaya menenggelamkan aksi pasukan lawan yang rata-rata dibarisi oleh pemain muda dan kurang berpengalaman selain tumpuan penuh diberikan kepada penjaring hatrik, Bergson Da Silva.
Dalam aksi tersebut, JDT berjaya memperoleh gol seawal minit ke-10 menerusi tandukan penyerang berbisa, Bergson setelah menerima hantaran lintang cantik daripada Shane Lowry dari sebelah kiri bagi menewaskan penjaga gol Guangzhou, He Lipan.
Tidak lama selepas itu, giliran pemain import baharu mereka musim ini iaitu Fernando Forestieri pula mencatat nama selaku penjaring gol pada minit ke-13 setelah kesilapan yang berlaku buat penjaga gol, He Lipan yang gagal untuk menangkap kemas percubaan tersebut lalu tertolak masuk ke gawang sendiri.
Bergson terus membuktikan diri beliau selaku penyerang berbisa JDT apabila pemain ini sekali lagi menyumbat gol kedua peribadi pada minit ke-27 dan keputusan kekal sehingga tamat wisel separuh masa pertama.
Bersambung di separuh masa kedua, Guangzhou terus derita dengan ancaman yang sentiasa diberikan oleh JDT dan Bergson melengkapkan malam gemilang beliau dengan jaringan hatrik pada minit ke-55 juga menerusi tandukan padu.
Pasukan kendalian Pan Yong He terus dirundung malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain sahaja setelah kad merah dilayangkan buat Guan Haojin pada minit ke-68 setelah beliau mengasari Bergson.
FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta'zim 5-0 Guangzhou FC 🇨🇳
🐯 The Southern Tigers pick up a comprehensive victory with a five 🌟 display headlined by Bergson's ⚽⚽⚽
#ACL2022 | #JDTvGUA pic.twitter.com/D7C5KY7Hnn— #ACL (@TheAFCCL) April 15, 2022
Kemasukan pemain gantian, Ramadhan Saifullah nyata satu keputusan yang sangat tepat apabila pemain muda ini turut merekodkan gol pertama peribadi beliau dalam saingan ACL musim ini pada minit ke-81 setelah gerakan licik beliau gagal dikawal oleh pertahanan lawan untuk meletakkan JDT 5-0 di hadapan.
Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dan kemenangan JDT ini berjaya meletakkan skuad kendalian Mora untuk berada di tangga pertama peringkat Kumpulan I setelah pertemuan dua lagi pasukan sebelum itu, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale sekadar terikat seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE GROUP I STANDINGS
Log on to https://t.co/IDLevtX3If
*subject to change pic.twitter.com/kImMQ80pTr
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 15, 2022
Aksi seterusnya bakal menyaksikan pertemuan antara JDT menentang pasukan Ulsan Hyudai dari Korea Selatan pada 18 April untuk benar-benar memberi cabaran buat Benjamin Mora merangkai taktikal berhadapan lawan yang lebih ampuh itu.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!