Asal Usul Dan Konsep Hat-Trick Dalam Bola Sepak

Semua kita tahu hat-trick dalam bola sepak merujuk kepada 3 gol yang dijaringkan oleh seorang pemain. Namun ramai yang tidak tahu kenapa ia dipanggil hat-trick.

Etimologi

Secara kasarnya ia adalah gabungan 2 unsur iaitu Hat dan Trick. Hat adalah topi. Dalam bola sepak, ‘caps’ juga menggunakan unsur topi.

Caps digunakan untuk menggambarkan penampilan seseorang pemain bersama skuad kebangsaan.

Konsep awal

Di dalam bola sepak, istilah hat-trick adalah dipinjam dari sukan kriket.

Dalam kriket, istilah hat-trick telah muncul sejak 1858. Konsepnya dalam kriket, seorang pemain dikira melakukan hat-trick apabila mereka melakukan 3 wicket dalam 3 cubaan.

Pemain yang melakukan 3 wickets ini akan menerima satu topi khas daripada kelab mereka tanda memperingati pencapaian mereka.

Pemain kriket pertama menerima topi khas ini adalah H.H. Stephenson yang berasal dari Hallam, Selatan Yorkshire.

Stephenson (bulatan) berjaya melakukan 3 wickets berturut-turut (consecutive) dalam satu perlawanan kriket di Hyde Park Cricket Grounds teletak di Sheffield.

Di akhir musim ada kelab yang akan membayar bonus hat-trick ini berdasarkan jumlah topi yang dimenangi.

Ia seakan-akan salah satu cara mereka merekodkan data secara manual kerana tidak ada database secanggih opta seperti hari ini.

Teori ke-2

Ada juga yang mengaitkan ia dengan hat-trick yang berlaku dalam konsep ahli silap mata.

Pada zaman ratu Victoria sekitar 1876, ahli silap mata menyebut hat-trick (muslihat menggunakan topi) untuk helah silap mata mengeluarkan haiwan ataupun benda lain dari topi mereka.

Ya! seperti yang sering kita tengok di tv, biasanya dahulu mereka mengeluarkan arnab.

Kebiasaanya, ahli silap mata dikatakan akan mengeluarkan 3 ekor arnab daripada topi mereka dengan bantuan ‘tongkat’ magik mereka.

Konsep diperluas ke sukan lain dan global

Konsep hat-trick dari sukan kriket ini diperluaskan lagi ke banyak sukan lain termasuk bola sepak, hoki ais.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, mereka menerima konsep ini seawal juga era awal 1900-an.

Mereka turut menjadikan top (hat-trick) ini sebagai penghargaan khas kepada pemain hoki ais mereka yang melakukan 3 jaringan.

Ramai sejarawan sukan di USA dan Kanada bersetuju sukan hoki ais adalah yang pertama mengamalkan konsep hat-trick di negara mereka.

Mereka juga setuju dengan konsep hat-trick itu adalah pinjaman daripada sukan kriket.

Namun tidak ada pendapat konkrit berkenaan dengan tahun ataupun dekad ia digunakan.

Ada pendapat yang menyatakan ia masuk ke USA-Kanada seawal 1909.

Namun ada pula menyatakan ia hanya digunakan di USA dalam sukan hoki ais pada 1940.

Ini kerana sebuah pasukan di Montreal telah menjadi pasukan pertama yang menggunakan konsep menebus hadiah dengan menggunakan konsep hat-trick selepas pemain mereka menjaringkan 3 gol untuk Montreal.

Namun ada juga pihak mendakwa istilah itu pertama kali digunakan di USA dan Kanada pada 1947.

Ianya apabila sebuah syarikat topi, Biltmore telah mengambil inisiatif memberikan topi baru kepada mana-mana pemain pemain muda (junior) Guelph di Kanada yang berjaya menjaringkan 3 gol dalam satu perlawanan.

Anugerah itu digelar Guelph Biltmore Mad Hatters. Ia juga satu taktik pemasaran yang berkesan.

Beberapa fakta hat-trick dalam bola sepak

  • Pemain pertama yang diiktiraf melakukan hat-trick secara rasmi adalah Walter Tait yang bermain untuk Burnley. Tait menjaringkan 3 gol ke atas Bolton Wanderers pada 1888.
  • Pemain Scotland, Tommy Ross diiktiraf Guinness World Records  sebagai penjaring hat-trick terpantas dalam sejarah dalam tempoh 90 saat pada 28.11.1964. Ross bermain untuk Ross County menentang Nairn County.

  • Stan Van den Buijs pernah melakukan hat-trick jaringan sendiri pada 1995. Kelab yang diwakili Den Buijs Germinal Ekere tewas 2-3 kepada Anderlecht dalam perlawanan tersebut.
  • Bert Patenaude (USA) menjadi pemain pertama melakukan hat-trick di Piala Dunia 1930 menentang Uruguay. USA menang 3-0.
  • Jose Luis Chilavert menjadi satu-satunya penjaga gol yang pernah melakukan hat-trick setakat ini. Diiktiraf Guinness sebagai penjaga gol pertama melakukan hat-trick. Ia dilakukan dalam perlawanan Velez Sarsfield vs Ferro Carril Oeste pada 1999. Kesemua gol adalah menerusi penalti.

Rumusan

Itulah asal usul konsep hat-trick dan bagaimana ia mulai meresap masuk ke dalam sukan bola sepak.

Yang pastinya, dalam bola sepak, ia merujuk kepada 3 jaringan dalam satu perlawanan.

Bukan mudah untuk melakukan hat-trick. Ada yang mengiktiraf, hat-trick yang sempurna adalah menjaringkan setiap satu gol dengan dengan kaki kanan, kaki kiri dan kepala.

Mungkin selepas ini anda boleh menggunakan sistem topi ini untuk merekodkan jumlah hat-trick dalam karier anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN