Hassan Sunny Bangkit Daripada Jenaka #KeeperKatMana Kepada Tembok Kebal Singapura Di AFF 2020

Hassan Sunny Singapura Indonesia #keeperkatmana

Pada Piala AFF Suzuki 2014, Hassan Sunny pernah menjadi jenaka terhangat para penyokong terutamanya penyokong Malaysia apabila menjadi ‘trending’ di laman sosial dengan tanda pagar, #KeeperKatMana.

Itu kisah kira-kira tujuh tahun lalu. Hassan Sunny dilihat tiada di gawangnya saat Malaysia meledak jaringan ketiga di minit-minit akhir perlawanan menerusi sepakan dari luar kotak penalti Indra Putra Mahayuddin.

Ia telah menjadi fenomena sehingga ada parodi dikeluarkan Lawak Sentral, Keeper Kat Mana, malah sebelum itu, penyanyi Singapura, Taufik Batisah telah mencipta lagu Awak Kat Mana selepas ia menjadi tular hasil perkongsian ‘suka-sukanya’ di Instagramnya. Kesilapan Hassan Sunny menjadi jenaka popular pada 2014.

Ketinggalan 1-2 dan Singapura memperolehi sepakan percuma berhampiran kotak penalti Malaysia. Singapura hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir dan Harimau Malaya memburu kemenangan.

Hassan Sunny naik ke depan gawang yang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat dan cuba membuat tandukkan, namun ia gagal direalisasikan. Malaysia membuat serangan balas pantas yang akhirnya disudahkan Indra Putra Mahayuddin untuk membawa Malaysia ke separuh akhir apabila muncul sebagai naib juara Kumpulan B.

Seorang Penasihat Sukan di Singapura, Khairul Asyraf membuat ciapan menarik sejurus aksi cemerlang Hassan Sunny di Piala AFF 2020 terutamanya di peringkat separuh akhir kedua ketika tewas 2-4 kepada Indonesia.

Ciapnya, “Beberapa tahun lalu, orang ramai berkongsi #keeperkatmana, dengan bangganya saya boleh katakan bahawa penjaga gol Singapura ini, Hassan Sunny masih antara yang terbaik di Asean, jika bukan yang terbaik beberapa tahun ini. Sekarang, #keeperlainkatmana?” Aksi cemerlang Hassan Sunny dipuji serata alam sosial.

Jelas sangat berbeza dengan situasi tujuh tahun lalu. Kini, beliau dianggap hero Singapura walaupun mereka tewas. Malah ada yang anggap kekalahan mereka kepada Indonesia malam itu antara ‘kekalahan’ terbaik.

Selain pujian daripada penyokong sendiri, pujian juga hadir daripada penyokong Indonesia yang mengangkatnya sebagai tembok kebal buat Singapura. Daripada 14 percubaan tepat Garuda, 11 daripadanya telah diselamatkan Hassan Sunny yang kini sudah berusia 37 tahun. Beliau merupakan pemain tertua dibawa oleh tuan rumah.

Jika tidak kerana kad merah yang diterimanya di akhir masa tambahan selepas membuat kekasaran di luar kotak penalti, mungkin beliau boleh diangkat sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut. Begitupun, ketangkasannya menepis deretan percubaan Indonesia sudah memberikannya ‘medal’ sebagai pemain terbaik.

Ia perlawanan ‘blockbuster’ buat rantau Asean dan Singapura wajar berbangga dengan pencapaian mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN