5 Pemain Penyerang Terbaik Dalam Saingan Ligue 1 Tahun 2021

Saingan Ligue 1 walaupun pada ketika ini tidak lagi dianggap sebagai antara lima liga utama di benua Eropah, namun ramai pemain berbakat dan hebat yang beraksi di sana.

Ramai pemain penyerang hebat dan sungguh berbakat yang sedang beraksi dalam saingan liga utama bola sepak Perancis itu pada ketika ini.

Bahkan tidak keterlaluan juga untuk menganggap kualiti pemain penyerang yang ada dalam saingan Ligue 1 sebenarnya tidak begitu jauh jika hendak dibandingkan dengan pemain dari saingan Premier League dan La Liga.

Pada musim panas baru-baru ini, Ligue 1 telah menyambut kedatangan pemain penyerang terhebat dalam sejarah dunia bola sepak selepas Lionel Messi menandatangani perjanjian bersama Paris Saint Germain.

Malang sekali, pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu masih gagal untuk beradaptasi dengan baik dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini.

Beliau hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari 11 penampilan beliau dalam saingan Ligue 1 bersama Paris Saint Germain.

Pemain kebangsaan Argentina itu mungkin sedikit sukar untuk mendapatkan rentak dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini, namun sebenarnya masih ramai pemain lain yang boleh diberi perhatian.

https://twitter.com/ShawnRvtedR/status/1475077123865985028?t=IolaDQqbuHI8CgcpfSPysA&s=19

Masih ada beberapa pemain penyerang lain yang sedang mempamerkan aksi persembahan terbaik masing-masing dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini dengan mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dan terus meledak gol untuk kelab mereka wakili.

Oleh yang demikian, mari kita berkenalan dengan lima pemain penyerang terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini.

5. Gaetan Laborde – Stade Rennais

Bekas pemain penyerang Montpellier ini telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam saingan Ligue 1 musim lalu.

Beliau berjaya meledak 16 gol dan turut mencatatkan lapan assists dari 38 penampilan bersama Montpellier sepanjang musim lalu.

Kehebatan yang beliau tunjukkan telah berjaya menarik minat Stade Rennais untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Beliau bahkan kini merupakan antara pemain terpenting Stade Rennais walau baru beberapa bulan sahaja ditandatangani.

Setakat awal musim ini, Gaetan Laborde sudah membuat 19 penampilan untuk Rennais, dan cemerlang untuk meledak sembilan gol serta mencatatkan empat assists.

Ketajaman dan kehebatan beliau dalam menjaringkan gol tidak boleh dipertikaikan lagi dengan beliau dianggap antara pemain paling berprestasi dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini.

Pada ketika ini, Rennais berada di kedudukan keempat dalam carta saingan Ligue 1 selepas mengumpul 31 mata dari 19 perlawanan.

Sangat menarik untuk menyaksikan adakah Laborde akan mampu untuk terus menjadi peledak gol yang konsisten, seterusnya membantu skuadnya untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

4. Ludovic Ajorque – Racing Strasbourg

Ludovic Ajorque telah berjaya menempatkan nama beliau sebagai antara pemain penyerang paling berprestasi dalam saingan Ligue 1 sejak dari awal musim ini lagi.

Pemain penyerang Racing Strasbourg itu memiliki kualiti penyudah yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau sudah berjaya menjaringkan sembilan gol dan turut mencatatkan lima assists dari 17 perlawanan.

Ajorque telah berjaya meledak empat gol dari empat perlawanan terakhir dalam saingan liga bola sepak Perancis, dengan beliau berjaya menjaringkan gol ketika bertemu Monaco, Bordeaux, Nice dan Marseille.

Beliau pada musim lalu juga turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dengan berjaya menjaringkan 16 gol dan turut mencatatkan empat assists.

3. Wissam Ben Yedder – Monaco

Pemain kebangsaan Perancis itu sudah dianggap antara pemain penyerang terbaik dalam saingan Ligue 1 sejak dari awal beliau ditandatangani oleh Monaco dari Sevilla pada tahun 2019 yang lalu.

Beliau sebenarnya sudah berjaya mencuri perhatian banyak kelab selepas mengakhiri saingan musim lalu dengan menjaringkan 20 gol dan mencatatkan lapan assists dari 37 perlawanan dalam saingan liga.

Musim ini, Wissam Ben Yedder telah meneruskan rentak cemerlang beliau pada musim lalu, dengan bintang berusia 31 tahun itu sudah berjaya menjaringkan 10 gol dan mencatatkan dua assists dari 19 perlawanan untuk Monaco.

Beliau pada ketika ini berada di kedudukan kedua dalam senarai perebutan kasut emas dalam saingan Ligue 1 pada musim ini.

Secara puratanya, pemain kebangsaan Perancis itu berjaya menjaringkan satu gol dari setiap 115 minit beliau beraksi dalam saingan liga bola sepak Perancis.

Seandainya beliau mampu mengekalkan tahap persembahan yang sama hingga akhir musim ini, beliau jelas sekali sangat berpotensi untuk memenangi anugerah kasut emas pada tahun ini.

2. Jonathan David – Lille

Apa yang sudah dilakukan oleh Jonathan David dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini jelas sekali sangat berhak untuk menerima pujian yang menggunung.

Di usia 21 tahun, pemain kebangsaan Canada itu sudah berjaya menstabilkan dirinya untuk menjadi antara pemain penyerang terhebat dalam saingan Ligue 1.

Beliau bahkan turut cemerlang memikul Lille yang sedang bergelut dengan masalah prestasi untuk terus bersaing dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini.

Pemain penyerang utama Lille itu pada ketika ini sedang mendahului senarai perebutan kasut emas selepas meledak 12 gol dari 19 penampilan dalam saingan Ligue 1 musim ini.

Musim lalu, beliau berjaya menjaringkan 13 gol dalam saingan Ligue 1, dan aksi hebat yang beliau pamerkan sepanjang musim lalu berjaya ditambah baik pada musim ini.

Seandainya beliau terus konsisten, sukar untuk dibayangkan berapa banyak lagi gol yang akan berjaya beliau jaringkan pada penghujung musim nanti.

1. Kylian Mbappe

Pada ketika Neymar dan Lionel Messi gagal untuk pamerkan aksi persembahan terbaik mereka, Kylian Mbappe tampil menjadi wira sebenar Paris Saint Germain dalam saingan Ligue 1.

Pemain kebangsaan Perancis itu menjadi mesin pencetak gol utama untuk Paris Saint Germain sejak dari awal musim lagi dan ia jelas menunjukkan mengapa pihak kelab terdesak untuk memujuk beliau agar menandatangani kontrak baru.

Setakat awal musim ini, Kylian Mbappe sudah berjaya menjaringkan sembilan gol, dan turut mencatatkan lapan assists dari 17 penampilan bersama PSG.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak diturunkan ketika aksi bertemu Lorient baru-baru ini dan aksi PSG jelas sangat hambar tanpa kelibat pemain sayap mereka itu.

https://twitter.com/BM_miasanmia/status/1475292741001105408?t=ieMcEYzNaEPGkoWSoC44gg&s=19

Beliau merupakan pemain paling banyak mencatatkan assists dalam saingan Ligue 1 musim ini, dan turut berada di kedudukan ketiga dalam senarai perebutan kasut emas.

Malang untuk Paris Saint Germain, walau mereka dibarisi pemain-pemain terhebat dunia, namun hanya Kylian Mbappe dan Icardi sahaja yang tersenarai dalam senarai 50 penjaring terbanyak Ligue 1 musim ini.

Mbappe berada di kedudukan ketiga, dan Icardi di kedudukan ke-50, dan ia jelas satu hal yang tidak begitu menggembirakan kem PSG.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN