Hasrat Jordan Mintah Tak Tercapai, Kekal Di TFC II Untuk Musim Ke-3

Jordan Mintah Terengganu TF II 2022

Teka-teki pemain import yang bakal didaftarkan bersama Terengganu FC terjawab ketika sesi memperkenalkan jersi, pemain dan penaja, namun nampaknya ‘Pakar Statistik Jaringan’, Jordan Mintah sah tersisih ke TFC II.

Seperti yang diketahui, Jordan Mintah memilih kekal di bumi Darul Iman disebabkan ‘janji’ yang beliau akan membarisi skuad utama pada musim ini. Terengganu kemudian membawa masuk dua penyerang sensasi Liga Super yang beraksi bersama Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche di jendela perpindahan.

Mana-mana pemain pun, jika ditanya, tentunya mahu beraksi di saingan tertinggi liga. Begitu juga Jordan Mintah yang terbukti seorang penyerang yang memiliki penyudah terbaik di Liga Malaysia pada ketika ini.

Jordan Mintah Rasa Tertipu Bila Terengganu Dijangka ‘Angkut’ Sekali Kipre Tchetche

Ramai menjangkakan beliau sudah ‘merajuk’ dengan situasi tersebut disebabkan satu posting di Twitternya.

Namun, kemudian beliau berkata yang beliau bersedia untuk beraksi dengan mana-mana pasukan dan akan memberikan yang terbaik jika diturunkan dalam saingan Liga Super. Tetapi, harapan beliau adalah Nafuzi Zain akan memilihnya untuk disenaraikan bersama skuad Liga Super berbanding Liga Premier bersama TFC II.

Dengan pengesahan ketika majlis tersebut, Jordan Mintah telah disenaraikan bersama TFC II untuk musim ketiganya dan kali ini bersama-sama pemain skuad kebangsaan Filipina, Luke Woodland, Argzim Redzovic (Montenegro) dan pemain yang kembali semula bersama mereka musim ini iaitu Petrus Shitembi (Namibia).

Angin Membawa Khabar ‘The Dancing Shoes’ Bakal Kembali ‘Menari’ Di Terengganu?

Untuk skuad utama, Nafuzi Zain mengekalkan Habib Haroon dan mendaftarkan penyerang skuad kebangsaan Liberia, Kpah Sherman, Kipre Tchetche (Ivory Coast), Pape Diakite (Senegal) dan Manuel Ott (Filipina).

Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC, Ab Rasid Jusoh telah menjelaskan yang setiap pemain import berpeluang untuk beraksi bersama skuad utama, jika prestasi pemain dalam skuad utama kurang memuaskan.

“Kita mendaftarkan empat pemain import itu dalam pasukan TFC II bukan bermakna mereka tidak boleh beraksi dengan pasukan utama. Pemain berkenaan masih boleh menyarung jersi TFC kerana pasukan kedua itu berstatus ‘feeder club’. Jadi pemain bebas bermain dengan mana-mana dua pasukan berkenaan.

“Tapi ianya bergantung kepada perancangan barisan kejurulatihan. Jika lima import dalam pasukan utama gagal memperagakan aksi terbaik ataupun dilanda kecederaan serta penggantungan, pemain berkenaan boleh diganti beraksi dengan pasukan utama,” kata Ab Rasid Jusoh kepada Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN