Hasil Keazamannya Di Pahang, Zesh Rehman Kini Jurulatih Di Portsmouth

Zesh Rehman Pahang 2023 Portsmouth

Zesh Rehman bukanlah nama asing pengikut Liga Malaysia, malah jurulatih Portsmouth kini itu pernah beraksi bersama Pahang selama tiga musim.

Pertahanan tengah itu tiba ke Malaysia dengan reputasi yang agak besar apabila pernah tampil beraksi bersama Fulham dan Queens Park Rangers. Walaupun lahir, membesar dan bermain di England, beliau merupakan pemain skuad kebangsaan Pakistan bermula dengan debutnya pada 2005.

Tahukah anda, Zesh Rehman mula berazam untuk melengkapkan semua lesen kejurulatihannya ketika sedang menyarung jersi Pahang pada 2014?

Menurutnya yang dipetik daripada portal The Coaches Voice, beliau mula memasak azam tersebut dalam dirinya sejak menjejak ke usia 30 tahun.

Ketika berusia 30 tahun, saya berazam melengkapkan lesen kejurulatihan pada usia 35 tahun. Saya mula berfikir lebih jauh dalam bidang kejurulatihan walaupun tidak jangkakan yang ia akan datang segera ketika mula melatih Southern di Hong Kong,” ujarnya menerusi satu pendedahan di portal itu.

Pada usia 34 tahun, Zesh Rehman sudah dilantik sebagai jurulatih-pemain kelab yang bersaing di Hong Kong Premier League pada musim 2020 itu.

Ia adalah musim yang mengujakan buatnya yang menempuhi pengalaman pertama sebagai ketua jurulatih pasukan, malah merupakan yang termuda di sana. Beliau juga berjaya membawa kelab itu menamatkan musim di kedudukan ke-6 liga dengan bajet pasukan yang dikatakan yang terendah.

Musim seterusnya, beliau telah melakar beberapa pencapaian yang menarik sebagai pengendali Southern antaranya meletak kelab itu di kedudukan teratas liga sebelum ia akhirnya dibatalkan akibat penularan Covid-19.

Southern berada di puncak liga dengan empat kemenangan, merekodkan 12 gol dan hanya satu bolos. Akhirnya liga dibatalkan Hong Kong FA.

Beliau memutuskan untuk bersara sebagai pemain dan tamatkan karier jurulatihnya bersama Southern dan pulang semula ke bumi England.

Saya menggabungkan Ijazah Pengurusan Perniagaan bersama FIFPRO dan lesen UEFA Pro sambil menguruskan masa untuk berlatih, perlawanan dan juga masa bersama keluarga saya,” jelasnya kepada portal itu lagi.

Saya kerap terbang antara Asia dan Eropah ketika itu – saya percaya tiada jalan pintas dalam hidup dan mahu pastikan saya melengkapkan setiap proses yang perlu dilalui,” tambahnya lagi tentang lesen kejurulatihannya.

Tambahnya lagi yang menunjukkan ketika beliau menjalani kursus lesen kejurulatihannya itu saat beraksi di Liga Super, “Pada ketika itu, saya sedang bermain bersama Muangthong United di Thailand dan Pahang di Malaysia.

Beliau berusia 31 tahun ketika menyertai Pahang dan menurut ceritanya, beliau sudah memperolehi lesen UEFA Pro ketika menyertai Southern.

Jadi, kisah Zesh Rehman berulang-alik antara Asia dan Eropah, berlangsung majoritinya ketika beliau bersama Pahang. Di Pahang, prestasinya bukan biasa-biasa kerana berhasil menjulang beberapa kejuaraan antaranya Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada musim 2014.

Beliau menyertai Portsmouth sebulan selepas kembali dari Hong Kong dan dilantik menjadi ketua jurulatih akademi kelab itu pada Jun 2022. Selepas setahun bersama akademi ‘Pompey’, beliau dilantik sebagai pembantu jurulatih interim buat skuad utama Portsmouth pada Januari yang lalu.

Atas kecemerlangannya, beliau terus dinaikkan pangkat sebagai jurulatih skuad utama baru-baru ini dan apa komen pengendali pasukan, John Mousinho tentangnya? “Dia rajin dan teliti dalam melakukan tugasnya. Semua pemain dan jurulatih sangat menyukainya,tegas Mousinho.

Bersandarkan kata-kata itu, ia juga hasil pembelajaran yang dilaluinya sepanjang kariernya di beberapa buah negara termasuklah di Malaysia selama tiga tahun. “Saya akan guna sepenuhnya pengalaman saya bermain di empat liga berbeza sebelum ini untuk memaksimakan potensi pemain.

Itulah Zesh Rehman yang merupakan bekas pemain Pahang (kini Sri Pahang) yang kini sudah berada dalam barisan kejurulatihan Portsmouth.

Pada ketika ini, kelab yang dibimbing Mousinho itu sedang bersaing di EFL League One – divisyen ketiga dalam sistem bola sepak di England.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN