Hasil Intipan, Yeyen Tumena Merumuskan Malaysia Bahaya, Namun Tiada ‘Tight Marking’ Dari Indonesia

Tempoh hari PSSI menghantar beberapa spy untuk menganalisis dan memerhatikan corak permainan pasukan Malaysia.

Dan spy ini diketuai oleh Yeyen Tumena. Namun Yeyen berada di Jakarta ketika itu. Beliau menghantar beberapa mata-mata untuk mendapatkan seberapa banyak info daripada skuad kebangsaan Malaysia.

Hasil daripada intipan mereka, Yeyen menyimpulkan bahawa kesemua pemain Malaysia adalah bahaya.

Namun beliau menegaskan Indonesia sudah ada ramuan tersendiri untuk berhadapan dengan pasukan Malaysia yang cemerlang dalam aksi menentang Thailand.

Yeyen menyatakan pasukan Indonesia tak akan melakukan tight marking ke atas Malaysia pada malam ini. Dan mereka akan bermain secara taktikal berpasukan.

Ketika aksi Malaysia berhadapan dengan Thailand, pemain seperti Sumareh menarik perhatian Yeyen Tumena. Namun mereka tak akan mengenakan kawalan secara individu untuk merantai pemain itu.

Yeyen berkata: “Daripada aksi yang kami lihat ketika [Malaysia] melawan Thailand, Malaysia main dengan sangat simple dan baik. Bahkan, main secara berpasukan,”

“Buat kami, siapapun pemain yang bakal datang menghampiri kubu pertahanan kami, itu adalah yang berbahaya. Kami tidak beri perhatian khusus [man to Man marking] kepada pemain manapun,” tambah beliau lagi.

Indonesia dalam misi mencari mata sulung dalam aksi kelayakan Piala Asia/Piala Dunia pada kali ini. Garuda kekal sifar mata selepas 4 perlawanan dalam kumpulan G.

Dalam aksi pertama di Stadion Gelora Bung Karno, Malaysia menang 3-2. Indonesia pastinya mahu membalas dendam dalam aksi klasiko Nusantara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN