Hashim Mustapha Kecewa, Bilangan Pemain Kelantan Dipanggil Ke Skuad Sukan SEA Sedikit

Ketika ini, skuad Sukan SEA kendalian Datuk Ong Kim Swee sedang mengadakan persiapan mereka menjelang temasya dwitahunan Asia Tenggara yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Seramai 26 pemai telah dipanggil dengan beberapa pemain utama yang telah pun menjadi muka tetap di pasukan masing-masing menjadi sandaran skuad negara kali ini.

Ifwat Akmal, Adam Nor Azlin dan Ahmad Khairil Anuar antara yang dipanggil Kim Swee.

Namun begitu, pemilihan pemain Kim Swee sedikit mengundang rasa kurang senang bagi jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan – Hashim Mustapha.

Menurut Harian Metro, beliau dikatakan kecewa dengan keputusan Kim Swee yang tidak memanggil lebih ramai pemain Kelantan.

Hal ini kerana, pemain-pemain muda Kelantan antara yang terbaik di Malaysia memandangkan skuad Piala Presiden Kelantan adala johan Piala Presiden bagi tahun 2015 dan 2016.

Kelantan juara Piala Presiden dua tahun berturut-turut yang membuktikan kemampuan pemain muda kami.”

Tapi agak pelik hanya dua pemain dipilih sedangkan masih ramai yang berkelayakan untuk sekurang-kurangnya disenaraikan dalam skuad pelatih.”

Untuk rekod, hanya Ahmad Syihan dan juga Danial Ashraff sahaja pemain yang dipanggil ke skuad Sukan SEA dari pasukan Kelantan.

Dipinggirkan

Hashim juga dalam masa yang sama berasa kecewa kerana cadangan beliau kepada jurulatih skuad muda negara untuk memilih lebih ramai pemain Kelantan tidak diendahkan.

Suaranya itu tidak diendahkan sejak dari Frank Bernhardt menjadi skuad B-22 negara hingga kini Kim Swee pula yang mengambil alih.

“Saya sudah menyuarakan pandangan supaya mereka mencuba beberapa orang anak buah saya. Tapi ternyata, cadangan saya tidak diendahkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN