Hashim Mustapha, Kisah Daripada Hanya ‘Budak Tingkatan 4’ Kepada Budak Emas

Hashim Mustapha adalah nama yang sangat dekat di bibir peminat bola sepak tempatan pada satu ketika dahulu.

Selepas era revolusi The Red Warriors, muncul nama-nama seperti Khairul Fahmi dan Badhri Radzi yang dilabel mungkin pemain tempatan terbaik dalam sejarah pasukan Kelantan.

Ia terpulang kepada penilaian individu. Namun bagi ramai peminat bola sepak – nama Hashim Mustapha masih kekal sebagai ‘lelaki’ Kelantan terbaik dalam sejarah bolasepak Kelantan.

Walaupun trofi beliau tidak sebanyak yang dimiliki oleh nama nama yang lain, namun dari segi kualiti individu – sesiapa yang pernah menyaksikan aksi beliau pasti mengingati kehebatan beliau.

Karier Awal

Hashim Mustapha lahir pada 31 Januari 1966. Beliau mula dipanggil oleh Kelantan untuk 1982 bermain dalam Piala Emas Raja-raja. Ketika itu beliau masih di bangku sekolah.

Pemain yang berpewatakan pendiam ini ketika masih belajar di tingkatan empat. Aksi cemerlang Hashim membolehkan beliau ditawarkan kontrak ke pasukan utama Kelantan.

Oleh kerana bakat luar biasa ada padan Hashim Mustapha – pada 1983 – beliau diberi kelulusan cuti setahun oleh Kelantan atas permintaan beliau kerana perlu memberi perhatian kepada SPM.

Lagenda No.10

Selepas tamat tahun SPM, Hashim masuk ke kem Kelantan pada 1984. Beliau terus menjadi pemain utama yang bermain setiap minggu untuk Kelantan pada 1985 di bawah kendalian M. Chandran.

Hashim mencabar dirinya untuk memakai jersi no.10 yang kosong – selepas semua pemain senior enggan memakai jersi itu kerana agak ‘berat’. Mana tidaknya, jersi tersebut sangat signifikan dengan Dali Omar.

Aksi cemerlang Hashim terus membolehkan beliau dipanggil ke skuad menentang England. Ianya hanya selepas berberapa bulan menyarung semula jersi Kelantan. Agak sukar untuk Hashim memberikan impak.

Aksi cemerlang Hashim Mustapha di peringkat domestik menyebabkan beliau terus diberi perhatian berberapa pasukan lain. Namun komitmen Hashim tetap kepada pasukan Kelantan walaupun pada ketika itu Kelantan bukanlah sebesar Kelantan yang ada pada hari ini.

Beliau terus dilabel The Golden Boy oleh pemerhati bolasepak Malaysia.

Lebarkan karier

Hashim Mustapha kemudiannya dipanggil menyertai skuad sukan SEA pada 1987.

Budak emas ini memberikan visual yang menarik dengan tandukan terbang (flying header) ketika Malaysia menewaskan Thailand 2-0 di Sukan Sea Jakarta 1987. Malaysia menamatkan saingan dengan memenangi pingat perak.

Dua tahun berikutnya ketika Malaysia meraih emas sukan SEA di Kuala Lumpur, Hashim tidak mengecapi kejayaan bersama rakan rakan selepas meminta perlepasan atas alasan keluarga.

Hashim si pembunuh sejati

Pada 1990, si poacher bernama Hashim Mustapha ini memenangi kasut emas Divisyen 2 setelah meledak 15 gol.

Pada 1993, Hashim muncul penjaring terbanyak Liga Malaysia hasil jaringan hat-trik pada perlawanan terakhir liga menentang Negeri Sembilan untuk mengatasi Jose Iriarte.

Sebelum perlawanan terakhir itu Jose mendahului Hashim dengan 2 gol. Namun Jose gagal menjaringkan gol dan Golden Boy ini mencipta hatrik lantas memenangi kasut emas dengan 13 gol.

Pada 1994 adalah musim terbaik Hashim Mustapha apabila meledak 30 gol dalam semusim. Yang menariknya Hashim juga menjadi antara pemain paling cergas (fittest player) dalam tahun tersebut apabila bermain semua perlawanan melibatkan Kelantan tanpa digantikan.

Cuma Radhi Mat Din (Kedah) pemain outfield yang melakukan perkara yang sama. Hashim juga memenangi kasut emas Liga Perdana dengan 25 gol.

Amat sukar untuk melihat anak tempatan kita meledak lebih 20 gol dalam Liga dan memenangi kasut emas 2 kali berturut turut.

Satu pencapaian yang angkanya masih tidak mampu dipecahkan lagi oleh mana mana pemain tempatan – walaupun pemain seperi Norizam Hassan, Khalid Jamlus dan Indra Putra, anak tempatan yang turut pernah dalam senarai kasut emas selepas itu.

Ini adalah gambar Hashim Mustapha dengan Anugerah Kasut emas beliau yang sangat cantik.

Kita juga mungkin pernah mendengar pengulas menyatakan Safee Sali mengatasi rekod gol terpantas yang dilakukan oleh Hashim Mustapha pada 1988 dengan 26 saat.

Betapa hebatnya penyerang yang bernama Hashim ini dahulu. Pada 1993 Hashim melakukan 2 gol melalui disiplin sepakan gunting (bicycle kick) menentang Johor di suku akhir dan membolehkan Kelantan ke separuh.

Kembali ke skuad kebangsaan

Kecemerlangan Hashim pada peringkat domestik membolehkan beliau dipanggil semula secara merit menyertai skuad kebangsaan sekali lagi.

Ianya selepas 4 tahun kali terakhir beliau menyarung jersi skuad kebangsaa. Hashim kali ini dipanggil untuk tugasan Sukan Asia di Hiroshima.

Namun pasukan Malaysia tersingkir awal dan dalam sesi temu ramah, jurulatih Claude Le Roy melabelkan pemain pemain kita cuma jaguh kampung.

Skuad negara ketika itu yang turut dibarisi lagenda seperti Khairul Azman, Ong Kim Swee, K. Sanbagamaran, Azizol Abu Hanifah, Dollah Salleh, Azman Adnan dan Shahrin Majid.

Malaysia cuma mencatat 1 kemenangan ke atas Hong Kong, seri menentang Thailand, dan tewas kepada Arab Saudi dan Uzbekistan.

Di peringkat kebangsaan Hashim lebih digunakan sebagai pemain simpanan.

Meninggalkan Kelantan

Pada 1996, Hashim membuat keputusan mengejut apabila berhijrah ke Kedah. Beliau mengecapi kejayaan Piala FA bersama pasukan Kedah.

Selepas dua musim bersama Kedah, dia kembali semula ke Kelantan pada 1998. Pada 1999 , Hashim menerima tawaran Johor dan membantu Johor memenangi Liga Divisyen Dua pada 1999.

Sekaligus melayakkan Johor (JDTII hari ini) layak ke liga utama pada 1999.

Beliau kembali semula ke negeri kelahirannya pada 2000 untuk menyertai JKR Kelantan dan TNB Kelantan di pusingan pada pertengahan musim 2001.

Hashim akhirnya bersara penuh dalam bolasepak dan dilantik menjadi Jurulatih Skuad Presiden Kelantan pada 2008. Pada 2010 beliau dilantik menjadi Pembantu Jurulatih Skuad Kelantan.

Lagenda pasukan Kelantan dan Liga Malaysia

Hashim Mustapha adalah nama yang cukup hebat dalam sejarah Liga Malaysia terutamanya untuk Kelantan.

Beliau boleh dikatakan pakar (specialist) dalam Liga Malaysia untuk tugasan menjaringkan gol.

Beliau meletakkan penanda aras yang cukup tinggi untuk striker tempatan kita walaupun tidak begitu banyak kredit diberikan ke atas pencapaian beliau.

Hashim tidak pernah memikirkan isu pemain import akan menghalang kejayaan striker tempatan.

Era beliau, Hashim bersaing dengan Alistair Edward, Abbas Saad, Fandi Ahmad, Scot Olerenshaw dan ramai lagi.

2 kali memenangi kasut emas dan cukup banyak gol cantik dihasilkan dengan pelbagai cara termasuk sepakan percuma dan juga penalti. Pemain ini juga boleh melakukan gol melalui akrobatik.

Hashim bukanlah penyerang yang suka ‘menunggu’ duduk di kotak penalti sepanjang masa sebaliknya beliau adalah no.9 yang ‘bergerak’ mencari, mencipta dan melakukan gol.

Disiplin Hashim di padang amat tinggi dan sangat tenang dalam apa jua keadaan. Beliau mengakui pernah ditawarkan bookie RM 40,000.00. Satu angka yang sangat besar ketika itu.

Namun beliau sentiasa meletakkan harga dan maruah pasukan sebagai not for sale.

Ramai sudah maklum akan cita cita Hashim yang mahu menjadi ketua jurulatih pasukan yang disayanginya Kelantan.

Hashim Mustapha – Foto: Utusan Online

Lagenda Hashim Mustapha adalah penyerang paling prolifik Malaysia pada era 90-an. Semoga anda mencapai apa yang anda hajati dan berjaya di peringkat seterusnya dalam karier anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN