Pengurus berpengalaman, Harry Redknapp jelas tidak mempercayai bahawa Eddie Howe meninggalkan Bournemouth selepas hampir 25 tahun ‘menghambakan diri’ bersama kelab yang bergelar ‘The Cherries’ itu.
Howe dan Bournemouth mencapai kata sepakat untuk berpisah selepas kelab tersebut terjerumus ke saingan EFL Championship apabila sekadar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tangga ke-18.
Ia juga bermakna Bournemouth bertahan selama empat musim dalam kancah liga bola sepak paling popular di dunia itu setelah mula dinaikkan pangkat ke kempen tersebut pada saingan 2015/16.
Sepanjang tempoh tersebut, Howe dilihat sebagai antara pengurus yang mempunyai potensi besar untuk mengemudi kelab ternama dunia.
Sehubungan dengan itu, Redknapp yang juga merupakan bekas pengurus Bournemouth menegaskan bahawa kelab EPL perlu untuk meletakkan Howe sebagai keutamaan sekiranya mereka memerlukan pengurus baharu.
”Mungkin dia merasakan yang dia perlu berehat, walaupun mereka masih kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris,” ujar Redknapp menurut laporan Goal.
”Saya pasti banyak kelab, saya rasakan kelab Liga Perdana Inggeris juga, apabila terdapat peluang pekerjaan tepat, akan meletakkannya [Howe] dalam senarai utama mereka.”
”Sesiapa sahaja yang berakal akan memandang kepada Eddie dan berfikir: ‘Tunggu, inilah lelaki muda yang berusia 42 tahun. Rekod yang baik, dengan apa yang telah dilakukannya.”
”Anda hanya perlu mendengarkannya, anda tahu tentangnya. Dia merupakan seorang pengurus dengan masa depan yang cerah, dia sangay pintar,” tambah bapa saudara kepada Frank Lampard itu lagi.
Kredit featured image: Clive Gee – PA Images via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Eddie Howe: