Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire sangat yakin dan pasti yang beliau masih berhak untuk terus memimpin skuad pada musim baharu nanti.
Harry Maguire menegaskan yang beliau sememangnya tidak bercadang untuk melepaskan lilitan kapten itu kepada sesiapa pada musim baharu nanti.
Beliau turut menekankan yang tiada pemain dalam dunia bola sepak ini yang tidak pernah melalui kesukaran sepanjang karier mereka.
Harry Maguire makes clear his thoughts on giving up the Man Utd captaincyhttps://t.co/zAUVcWshCB pic.twitter.com/UPZj79fJZD
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 17, 2022
Pengurus pasukan, Erik ten Hag turut mengesahkan yang pemain pertahanan berusia 29 tahun itu akan tetap memimpin skuad Manchester United walau ramai pihak menganggap sebaliknya.
Maguire antara pemain yang paling teruk dihentam pada musim lalu selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan yang Maguire sudah tentu akan melakukan setidak-tidaknya satu kesilapan dalam mana-mana perlawanan yang beliau beraksi pada musim lalu.
Dan kerana itulah ramai yang percaya lilitan kapten itu perlu ditarik semula dan beliau sememangnya tidak berhak untuk dianggap sebagai ketua pasukan Manchester United.
Harry Maguire is determined to get Man United back to winning trophies 💪 pic.twitter.com/NojujtTNNq
— ESPN UK (@ESPNUK) July 17, 2022
Sepanjang musim lalu, barisan pertahanan Manchester United yang diketuai oleh Maguire telah mencatatkan 57 bolos, yang mana ia merupakan statistik yang lebih teruk berbanding pasukan yang berada di zon penyingkiran, Burnley.
Manchester United juga turut mengakhiri saingan Premier League pada musim lalu dengan pungutan mata paling rendah dalam sejarah kelab dan mereka turut gagal untuk layak ke saingan Champions League pada musim baharu nanti.
Harry Maguire sendiri turut mengakui yang persembahan beliau pada musim lalu sebenarnya tidak berada di tahap terbaik.
Walau bagaimanapun, beliau sama sekali tidak merasakan yang hal itu akan menyebabkan beliau melepaskan jawatannya sebagai ketua pasukan.
🗣 Harry Maguire: "Erik [ten Hag] and his staff have come up with their ideas and the first two games show a glimpse of that. We're working to be ready for the Premier League opener, that's what matters. Everything we do now it's to prepare for this game." pic.twitter.com/mPcg72LDbP
— centredevils. (@centredevils) July 16, 2022
“Dengar, tahun lalu merupakan tahun yang sangat mengecewakan.”
Jelas pemain peretahanan itu kepada media.
“Secara individu, saya tidak bermain dengan sangat baik dan secara berpasukan juga kami tidak berada di tahap yang terbaik.”
“Tapi karier yang bagus boleh bertahan sehingga 10 ke 15 tahun dan kamu tidak akan lalui setiap tahun itu dengan baik dan kamu sudah tentu akan berdepan dengan cabaran tersendiri.”
Harry Maguire will remain as Man United captain next season 👀 pic.twitter.com/wj5VTnm8yS
— ESPN UK (@ESPNUK) July 11, 2022
“Kamu perlu berjuang, kamu perlu tenang dan tahun lalu jelas sekali tahun yang mengecewakan untuk saya. tapi itu sudah berlalu dan kita mesti pandang ke depan.”
“Kita perlu fikirkan tentang masa depan, kita perlu bantu kelab untuk memenangi Piala dan itulah apa yang penting.”
Melihat kepada hal itu, sepertinya Harry Maguire sememangnya tidak akan melepaskan jawatan beliau sebagai ketua pasukan dan para penyokong perlu akur untuk terima kenyataan yang bintang England itu akan terus memimpin skuad.