Harry Maguire Percaya Beliau Dikritik Kerana Pengkritik Hanya Mencari Publisiti Murahan

Harry Maguire tampil menutup mulut para pengkritiknya dengan menganggap mereka semua mengkritik beliau hanya kerana mencari publisiti murahan semata-mata.

Beliau percaya yang dirinya merupakan topik kegemaran para peminat dan kerana itu setiap orang tidak henti-henti mahu bercerita tentangnya.

Bahkan sebelum beliau turun dalam aksi bertemu Itali baru-baru ini, para peminat hangat membincangkan tentang mengapa dan bagaimana beliau boleh dipilih untuk mewakili England.

Ada peminat yang turut percaya bahawa Gareth Southgate seolah-olah sudah dibomoh oleh Maguire dan kerana itulah ketua pasukan Man United itu tetap dipanggil untuk sertai skuad The Three Lions walau beliau tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

Walau beliau diturunkan sebagai kesebelasan utama dari dua perlawanan awal dalam saingan Premier League, Maguire kemudiannya diketepikan dalam empat aksi terakhir Red Devils dalam saingan liga.

Hal ini bermaksud Maguire sebenarnya tak pernah membantu Man United untuk mencatatkan sebarang kemenangan dalam saingan Premier League ketika beliau diturunkan dalam kesebelasan utama.

Bukan hanya bersama Man United, malang Maguire terbawa hingga ke pasukan kebangsaan dengan beliau gagal untuk membantu England mencatatkan kemenangan bertemu Itali awal pagi tadi.

Gareth Southgate lebih memilih untuk menurunkan Maguire dalam kesebelasan utamanya ketika bertemu Itali, berbanding memberi peluang kepada Fikayo Tomori untuk membuktikan sesuatu.

Ramai peminat yang sebenarnya sangat berharap agar Southgate akan menurunkan Tomori kerana percaya pemain pertahanan AC Milan itu akan mampu untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Walaupun Giorgio Chiellini turut tampil memuji Maguire, namun ramai lagi pengkritik lain yang tetap berkeras menghentam bekas bintang Leicester City itu dan Roy Keane antara yang paling lantang dalam menghentam pemain centre back itu.

Bintang Manchester United, Brandon Williams merupakan antara pemain yang paling lantang dalam mempertahankan Maguire dari dikritik oleh sesiapa.

Hari ini, Maguire sendiri tampil untuk mempertahankan dirinya dengan beliau menganggap pengkritik yang mengkritik beliau sebenarnya hanya mencari publisiti murahan.

Beliau percaya dek kerana dirinya memikul tanggungjawab sebagai ketua pasukan Man United, maka kerana itulah ramai yang tak henti-henti menjadikan nama beliau sebagai tajuk berita mereka.

Selepas tamat aksi kekalahan bertemu Itali pagi tadi, pemain berusia 29 tahun itu tampil menyatakan bahawa:

“Saya dalam keadaan terbaik, saya bersedia untuk bermain, saya rasa segar dan sangat cergas. Berkait persembahan saya, saya tak tahu apa orang kata, saya tak begitu baca semua itu.”

Jelas Maguire kepada talkSPORT.

“Saya bermain back three ketika beraksi bersama England pada musim panas lalu dan ia sangat positif, dan ketika pra-musim, saya rasa sangat sempurna.”

“Jelas sekali, pengurus (Erik ten Hag) memutuskan untuk ketepikan saya dalam beberapa perlawanan, dan pasukan selalu menang sejak itu.”

“Saya bekerja keras di padang latihan untuk memastikan saya bersedia ketika tiba peluang untuk saya beraksi. Itu saja apa yang boleh saya lakukan untuk cuba dan bantu pasukan.”

“Saya tak peduli tentang orang lain dan apa orang akan kata, saya rasa jika orang buat cerita pasal saya, ia kerana saya ketua pasukan Manchester United, benda tu akan jadikan ia cerita menakjubkan.”

Maguire turut mendedahkan yang ketika beraksi dalam saingan Euro sebelum ini, beliau sebelum itu turut tidak bermain dan tiada siapa yang mempertikaikan mengapa beliau tersenarai dalam skuad England.

“Jadi, itulah alasan mengapa mereka lakukan itu, mereka sukakan publisiti dan hal macam itu, tapi ketika saya beraksi di Euro dulu, saya sebenarnya baru lepas mengalami kecederaan selama lapan minggu dan tidak bermain walau satu perlawanan pun sebelum itu.”

“Ia seolah-olah satu rutin dan hal-hal seperti itu.”

Harry Maguire sangat yakin yang beliau masih bagus dan berhak untuk mendapat tempat dalam skuad England walau tidak bermain bersama Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN