Harry Maguire Anggap Keputusan Pengadil Tidak Memihak Kepada England

Menurut Sport Bible, pemain tersebut menganggap beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil jelas agak meragukan dan ia tidak mengadili dengan baik buat England sepanjang aksi berlangsung.

Pada aksi semalam, pengadil yang bertugas merupakan Wilton Sampaio yang berasal dari Brazil dan sudah pun mencecah umur 40 tahun.

“Saya tak boleh jelaskan mengenai prestasinya itu. Jumlah keputusan yang silap dibuat semalam sangat banyak. Ianya sangat teruk.

“Kami sangat kecewa atas padang, kami merupakan pasukan yang lebih baik berbanding Perancis. Saya rasa sesiapa yang melihat pun pastinya akan bersetuju dengan perkara tersebut.

“Banyak keputusan besar yang sangat jelas tidak memihak kepada kami, itu antara apa yang boleh saya cakapkan,” jelas Maguire dengan rasa kecewa.

Selain itu, beliau juga mengakui Perancis tampil selaku calon pilihan untuk Piala Dunia ini menerusi aksi yang diberikan mereka sepanjang 90 minit berlangsung.

“Kami lawan, kami terus menambah tekanan dan mara ke hadapan. Kami juga mencipta banyak peluang dan mereka mempunyai dua peluang klinikal sahaja untuk ditukarkan kepada jaringan.

“Sebab itu mereka merupakan juara dunia, dan saya secara jujur, saya mengakui pasukan tersebut menjadi pilihan utama untuk edisi kali ini,” tambah beliau.

Pada masa sama, bintang muda England iaitu Jude Bellingham turut menyatakan rasa sama mengenai pengadil perlawanan tersebut yang dianggap agak teruk.

“Tidak terlalu baik secara jujurnya. Sesiapa pun berpeluang untuk merasai permainan yang buruk, pemain dan pengadil. Dia tak sepatutnya berada di sini untuk mengadili perlawanan tahap sebegini sebenarnya.

“Tetapi ada banyak lagi faktor-faktor lain mengapa kami tewas, dan saya tidak meletakkan semua punca kepada dirinya,” terang Bellingham.

Aksi semalam menyaksikan Perancis berjaya membuka akaun jaringan terlebih dahulu menerusi pemain tengah mereka, Aurélien Tchouaméni pada minit ke-17, sebelum diikat Harry Kane kembali pada separuh masa kedua.

Perancis sekali lagi berada di depan selepas penyerang handalan mereka iaitu Antoine Griezmann berjaya meledak gol kedua buat Perancis pada minit ke-78.

England mensia-siakan peluang untuk mencipta kebangkitan menerusi sepakan penalti kedua mereka pada penghujung perlawanan, selepas Kane gagal menyempurnakannya.

Keputusan itu menyaksikan Perancis mara ke separuh akhir edisi kali ini dan bakal membuat perhitungan bersama Maghribi yang cemerlang mengetepikan Portugal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN