Mauricio Pochettino: Harry Kane Telah Menyelamatkan Saya Dari Dipecat

Mauricio Pochettino

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mempunyai alasan tersendiri untuk bersyukur dengan Harry Kane apabila menjelaskan bahawa penyerang antarabangsa England itu pernah menyelamatkan dirinya dari dipecat.

Pochettino yang pada ketika itu baru memasuki bulan keempat di White Hart Lane sebagai pengurus, telah tewas kepada Newcastle United di laman sendiri 1-0.

Pada perlawanan berikutnya di Villa Park, Tottenham juga telah ketinggalan dengan satu jaringan. Jaringan Nacer Chadli ketika perlawanan berbaki 6 minit dan sentuhan penyudah baik ditunjukkan Kane telah membantu beliau ketika itu.

Kane yang dibawa masuk sebagai pemain simpanan telah melakukan sepakan percuma di masa kecederaan yang membantu pasukan dan pengurusnya untuk meraih kemenangan yang penting. Satu kemenangan yang disifatkan Pochettino sebagai titik perubahan.

”Saya boleh mencari jaringan lain yang lebih menarik, tetapi bagi saya jaringan itu (oleh Kane) adalah berkait dengan emosi.,” kata Pochettino.”

”Bagi saya gol itu adalah gol yang luar biasa, buat pasukan dan semua serta menjadi antara sebab saya kekal disini hingga ke hari ini.”

”Memang benar, kami berada ditangga ke-13 atau 14 dan kami berdepan dengan sedikit tekanan kerana pasukan berada dikedudukan itu. Kami bermain dengan baik tetapi tidak menang.”

”Dalam bola sepak, jika anda tidak mendapat keputusan yang baik, yang pertama akan dibuang adalah pengurus. Sebab itu jaringan tersebut memberikan peluang untuk saya terus kekal bekerja disini.”

Tottenham Hotspur’s Harry Kane ecelebrates goal during Champion League Group H match between Tottenham Hotspur against Borussia Dortmund at Wembley stadium, London, UK on 13 Sepember 2017. Tottenham won the game 3-1. (Photo by Kieran Galvin/NurPhoto via Getty Images)

Kane dilihat bakal terus menyerlahkan bisanya apabila akan bertemu Swansea dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam ini selepas berjaya menjaringkan 2 gol ketika aksi bertemu Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah kelmarin.

Bekas pemain Manchester United dan Everton, Phil Neville memberitahu kepada BBC Radio 5 pada minggu ini bahawa Kane mungkin terpaksa meninggalkan Tottenham untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Namun Pochettino tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Saya fikir ia adalah dua perkara yang berbeza,” kata Mauricio Pochettino. “Jika anda melihat pemain yang berbeza dengan pemain nama besar, ia bergantung kepada pasukan, kemungkinan untuk bermain di liga dan negara yang berbeza.

”Terdapat banyak faktor, tiada keraguan Harry Kane adalah salah satu penyerang terbaik. Dia tidak memerlukan kejuaraan untuk menunjukkan dia adalah penyerang terbaik.”

“Memang benar semua pemain cuba menjaringkan gol, menang dan sudah tentu untuk memenangi gelaran, itu adalah tujuan setiap pemain, tetapi bagi saya setakat ini Harry Kane menunjukkan dia adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia.”

Sumber :

Sky Sports (2017) – http://www.skysports.com/football/news/11675/11037665/harry-kane-could-have-saved-me-from-the-sack-says-mauricio-pochettino

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN